Penjelasan Kor Ming tidak cukup – Utusan Malaysia

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO tidak boleh menerima penjelasan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam kerana isu pokok dalam hal itu tetap sama.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, jika penjelasan itu diamati, jelas bahawa Kor Ming sendiri mengakui beliau telah membuat perbandingan antara peruntukan membina dan menyelenggara 611 buah masjid dengan peruntukan RM9 juta untuk rumah ibadat bukan Islam.

“Pergerakan Pemuda UMNO merasa penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima kerana dia tidak nafi kenyataan awal iaitu pokoknya ialah soal perbandingan pembinaan masjid dengan tempat-tempat ibadat yang lain.

“Kami memahami sekiranya ada pihak yang mahu memperjuangkan peruntukan lebih bagi tempat-tempat ibadat agama lain, itu tidak ada masalah, jika ada parti politik atau ahli politik hendak minta lebih untuk kuil, gereja dan lain-lain, kita tidak ada halangan.

“Namun, bila buat perbandingan, maka ini sudah jadi isu sensitif, memperlihatkan DAP tidak menunjukkan sensitiviti agama di Malaysia.

“Ini bukan kali pertama, berulang kali dibuat DAP, saya kira majoriti orang Islam terutama di Malaysia rasa amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat Nga Kor Ming,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan kepimpinan muda parti Golkar di pejabatnya di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Kor Ming dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan di Parlimen beberapa hari lalu menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid dari 2000 hingga 2008 tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam.

Beliau juga melahirkan rasa kesal rakyat bukan Islam dianaktirikan.

Beliau menyatakan agar agihan lebih adil disalurkan kepada masyarakat bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Kenyataan Kor Ming dijawab seorang Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12 (2) dan Perkara 3 sebenarnya memberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk tidak menyalurkan satu sen pun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Namun, menurut Abdul Aziz, kerajaan tetap bertindak pemurah dan menunjukkan sifat ihsan apabila tetap memperuntukkan RM9 juta untuk membantu rumah-rumah ibadat bukan Islam dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga kurang senang dengan sikap Kor Ming membandingkan peruntukan untuk Islam dengan bukan Islam.

Kor Ming pula menuduh beberapa media telah memutar-belitkan kenyataan bertulisnya itu.

Tambah Khairy, pihaknya juga kesal kerana setelah beberapa hari kenyataan itu dibuat, kepimpinan tertinggi Pas masih berdiam diri dan belum menyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu itu.

“Saya begitu rasa sedih apabila tidak ada apa-apa komen daripada kepimpinan tertinggi Pas, sekali lagi ini memperlihatkan prinsip dan asas perjuangan dikorbankan untuk kepentingan politik jangka masa pendek,” katanya.

Jelas beliau, kenyataan DAP itu mencerminkan ia tidak menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan dan sikap seperti itu akan hanya membawa kepada budaya mengguris hati antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Jelasnya, andai tindakan seperti yang dibuat Kor Ming diteruskan, maka akan ada pihak-pihak yang cuba membandingkan apa yang diterima masyarakat bukan Islam pula di negara ini.

“Sudahlah memijak gambar, sekarang buat kenyataan mengguris hati, tidak mencerminkan budaya ketimuran kita yang dikongsi semua kaum di negara ini, kita mesti tolak budaya yang dibawa DAP,” katanya.

Beliau juga menyaran pihak berkuasa agar bertindak atas beberapa laporan polis yang dibuat sebelum ini mengenai isu berkenaan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

2 responses to “Penjelasan Kor Ming tidak cukup – Utusan Malaysia

  1. Bersama Muhadits Syeikh Muhammad Ibrahim dari Syria Esok (Rabu): http://wp.me/PiAx4-ZD

  2. MUHD. FIRDAUS BIN MUHAMMAD. NOR

    Pertikaian berhubunga isu ini terlalu menyentuh sensitiviti umat islam di negara ini sekiranya di hebahkan sebagai isu hangat. saya amat kecewa dengan kepimpinan tertinggi PAS yangmana langsung tidak memberi respon berkenaan dengan isu ini. ini menunjukkan bahawa PAS adalah “Pengecut” kerana tidak mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh isu Agama Islam seperti yang diperjuangkan didalam Politik PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s