PAS arah Khalid Hentikan Kenyataan Tak Selari Dengan Parti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.

“Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati.

“Isu ini sangat sensitif, kalau kita tersalah memberi pandangan, impaknya sangat besar,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perbalahan terbuka antara Khalid dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Zulkifli mendesak supaya Khalid keluar dari PAS dan menyertai parti lain termasuk DAP kerana menyokong keputusan tersebut.

Zulkifli juga mendakwa kenyataan Khalid itu telah merosakkan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Desakan Zulkifli itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan awal Khalid yang dimuatkan dalam blognya iaitu Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS beranggapan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

“Itu hanyalah pandangan peribadi beliau, bukan pandangan PAS secara keseluruhannya,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid, Tuan Ibrahim berkata: “Saya fikir tak perlulah sampai nak ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

“Kita dalam PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka apabila mengeluarkan pandangan, tapi dalam hal ini beliau bercakap mengikut pandangannya berdasarkan hukum ciptaan iaitu tuhan kepada semua manusia ialah Allah.”

Mengulas sama ada tindakan Khalid itu akan menjatuhkan imej PAS kerana masyarakat melihat wujudnya perselisihan pandangan di kalangan pemimpin parti itu terutamanya dalam isu-isu sensitif, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sememangnya tidak menyekat kebebasan bersuara.

“Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

“Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

“PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,” katanya.

http://mstar.com.my

18 responses to “PAS arah Khalid Hentikan Kenyataan Tak Selari Dengan Parti

  1. Terlalu inginkan kuasa politik dan tamakan sebagai MP, PAS sanggup membiarkan Islam di hina, kalimah suci Allah di persendakan. Jangan biarkan Islam agama suci Allah di permainkan kerana ingin populariti dan boneka kepada DAP & PKR. Nanti Allah akan murka dan akan turunkan bala kepada PAS.

  2. tuan ibrahim ni pandai putar belit, kalau kena yb PAS bagi komen ulasannya pandangan peribadi tapi kalau yb umno bagi komen gamak-gamaknya setahun dimakinya dalam ceramah,
    apanama ustaz ni? buangla kopiah putih tu, memalukan gelaran ustaz…

  3. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

  4. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz : http://wp.me/piAx4-12i

    PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA-AGAMA LAIN : http://wp.me/piAx4-12m

    Benarkah musyrikin boleh bertauhid rububiyyah? : http://wp.me/piAx4-12g

  5. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan,Penggunaan Kalimah Allah : http://wp.me/piAx4-12Q

    Buku Baru: Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram: http://wp.me/piAx4-12J

    Majlis Ilmu dan Qiyamullail Bersama Ustaz Sufian Nur al-Banjari : http://wp.me/piAx4-12w

  6. Assalamualaikum saudara,

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

    http://10sibudakhitam.blogspot.com/

    dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

    Salam dari 10 Si budak hitam..

  7. Malaysia kini…kah…kah…kah!!! Saya betul2 meluat membaca Malaysia Kini.Tak ada idea ke nak taruk nama lain,janganlah ciplak2 nama Malaysiakini.Dah tu berita dah la merapu-rapu tak menarik langsung kerana banyak berita tipu.Kalau suruh 10 orang undi Malaysia Kini,gua rasa 9.9999 kata Malaysia Kini aprakkkk.Kalau nak bagi tau kat rakyat tulislah berita betul.Tak payah la nak ayat rakyat konon berita u orang betul.Percayalah pada hakikat bahawa berita pembangkang lagi betul.Woi gua dulu orang umno tau!!Pasal tu gua tau mana intan mana kaca.Tak payah la goreng2.PRU 13 nanti kita tengok siapa yang bungkus?Buat la apa slogan sekalipun macam satu Malaysia.Ingat bangsa Hindu dan Cina terpedaya.Sorry la beb.Depa lagi bijak.BN tabur duit juta2 pun belum tentu depa sokong BN.Caya la BN dah hancur sebenarnya.MCA,GERAKAN,MIC,PPP semua dah tak larat dan tak bermaya.Bangsa Melayu pun dah meluat kat BN.Nasihat saya kat Malaysia Kini tak payah la buat berita yang sumbernya kurang sahih macam berita satu muka surat isu royalti.Ingat rakyat percaya keeee………!!!!???? PIRAHHHHHHH

  8. ASALLAMMUALLAIKU WBR….

    MASYAALLAH…!!!APA LA NAK JADI KAT MALAYSIA.PASAI KALIMAH ALLAH NI, PAS TAK SALAH,PKR TAK SALAH,DAP TAK SALAH,PAKCIK2 TAK SALAH,ANE-ANE TAK SALAH,TAIKO2 TAK SALAH,BAYE2 (ABANGGGG) TAK SALAH.YANG BERSALAH ADALAH GOLONGAN TANGAN2 APRAK YANG ADA HUBUNG KAIT DGN LOYER2 KAT MAHKAMAH.TANYALAH KAT PAK MENTERI BN YANG TAHU PASAL HAL INI.APASAL NAK DIAM.YANG BERSALAH HAL INI ADALAH KERAJAAN PUSAT.SEPATUTNYA ISU DI TANGANI BUKAN MEMBISU SERIBU BAHASA.TOK-TOK BERKOPIAH PUTIH TAK SALAH YEEE….YANG BERSALLAH MEREKA DAN KUNCU2NYE… SIAPA LAGI KALAU TAK EHEMMM DIAM2 UBI PULAK.TEPUK DADA TANYA SELERA…….AKU HANYA INSAN BIASA TAK BISA BRKATA2 APE-APE…..

  9. SATU MALAYSIA…….SATU ALLAH!!!!?????
    APA NAK JADI DAAAAA…. BAPAK PADERI BESAR KATA, BUKAN AKU TAU.KALAU AKU KATA SATU ALLAH ATAU SETUJU DAN SOKONG PUAK2 KRISTIAN NIE KIRA OTOMATIK BOLEH MURTAD TAU.AKU TAKUT NANTI KENA TSUNAMI KERANA MEMPRDUAKAN ALLAH.BAPAK2 MENTERI TAK RISAU KEEE…????JANGAN LA PAK MENTERI DIAM AJE.ABANGGGGGGG….ABBAAMMMMMM APA NIE NAK JADI.KATA MALAYSIA MELAYU PUNYA.TAPI APASAL MENTERI MELAYU DIAM.DAH KENA SUMBAT MULUT KE???

  10. BODOH KE RAKYAT KELANTAN PASAL ISU ROYALTI MINYAK? SAMPAIKAN DALAM SURAT KHABAR LAMA TERPANPANG SATU MUKA SURAT11??? MACAM TU SEKALI NAK BAGI PAHAM RAKYAT JELATA KELANTAN TERMASUK TOK NIK AZIZ.PASAL PEMBAHAGIAN HARTA ROYALTI MINYAK. MEMANG SAH RAKYAT KELANTAN TAK PAHEEE…PASAL TU LA BN YANG PAHAM NAK BAGI PAHAM KAT ORANG KELANTAN. TAPI HERAN ORANG TERENGGANU KITE, SABAH DAN SARAWAK LAGI TAK PAHAMMMMM??? PASAI APA DEPA DAPAT DUIT ROYALTI. PASAI BN TAK NAK BAGI PAHAM?! AWAT 20 JUTA TU BANYAK SANGAT KEEEEEEEEE…….

  11. IBRAHIM ALI BETOL2 MEMALUKAN BANGSA MELAYU.BERCAKAP BAHASA MALAYSIA PUN TAK BETUL DAN PELAT.BAIK KARPAL SINGH LAGI. KALAU NAK TUDUH ORANG OKU TENGOK2 DIRI TU. LIDAH HANG TU BERCABANG.DAH TU NAK JADI MENTERI. CAKAP MALAYSIA PUN TAK BETUL.IBRAHIM…IBRAHIM…..??? SIAPA YANG OKU NIE…. KARPAL KE MU KE….. BAIK PERGI SPA LA. BETULKAN LIDAH MU TU. AWAT TERASA KE SEBUT SPA?????????????????????????

  12. ANUAR KAKI LIWAT? SORRY BEB, MANA BOKTI2 MU YANG MENGATAKAN ANUAR KAKI LIWAT. TUNJUK LE GAMBAR KAT RAKYAT TRAGEDI NGERI TU, SUPAYA RAKYAT TAHU MANA YANG BETOI…!! INGAT LE TUHAN TU MAHA KAYE. BUAT NYA DI TURUN BALE KAT KITE SEMUA BARU PADAN MUKEEE….!!! INGAT JANGAN SAMPAI MUSIBAH MENIMPA PENUDUH2 PALSU YANG PALSU DAN PALSU BELAKE. BUATNYA PUNGKOK HAMPA TERSUMBAT SELAME SEMINGGU AJE, HARAP MAAF LE.INALILLAHH WAINA ILLAIHI ROJIUUN. JADI ARWAH LE. MASA TU TAK GUNE APE-APE AJE…. LE!!! BIOR LE POLLITIK YANG SIHAT TAK PAYAH TIPU RAKYAT.CAYA LE 85% RAKYAT MALAYSIA TAK CAYA ANUAR KAKI LIWAT. PASAL PLIAK ANUAR DAH LAMA KECUT. AKU TAHU LE. PASAI AKU TANYA ORANG2 SEBAYENYE ADA POWER TAK? DEPE KATA MASA UMUR 40 DAH OUT. CAM TU NAK TUDUH2. SORRY LE BEB AKU TAK CAYE SAMPAI AKHIRAT.BUAT APA NAK BERSETONGKOL KALAU KITE TA TENGOK DENGAN MATA DAN KEPALA KITE. PIKIR2KAN DAN RENUNG2KAN…..KE…KE….KE MACAM USTAZ IZEE ALI PLAK

  13. HUTANG MB KHALID IBRAHIM KAT BANK ISLAM TU ANY TIME BOLEH SETTLE. TAPI BILA HUTANG PKZ TU NAK DI BAYAR. INGAT LE… TU SEMUA DUIT RAKYAT BUKAN DUIT BANK…..? NAK CAKAP TU HATI2 LE SIKIT…..

  14. SALLAM….

    BETOI KE ANUAR TU PELIWAT??? KALAU BETOI AKU ADALAH MANUSIA YANG AMAT RUGI KERANA MENYOKONG PKR… YA ALAH KAU TUNJUKKAN LAH KPD KU AKAN KEBENARAN. TAPI RASA2 AKU NAK JOINT UMNO MCM 50-50. JAM 6.09AM KETIKA AZAN SUBUH BERKUMANDANG AKU TELAH MENDAPAT SATU PETUNJUK SEDANG KAN JAM 12 HINGGA JAM 6.00AM AKU TAKSUB MEMBERI KOMEN. TAKPALAH BUAT MASA NI BIARLAH AKU DGN PKR. MINTA2LAH KEBENARAN MENJELMA JUA AKHIRNYA. AKU TAK MAHU JADI PENYOKONG SONGSANG……………. PERCAYALAH!!! SORRY BN!

  15. jangan nak alih isu….tu tanda dia gagal uruskan diri sendiri..

  16. saya percaya tak ada orang sanggup letak air manii dlm dubur seorang budak lelaki yg ‘jambu’ mcm saiful….

  17. satu lagi kalau umur 60 tak mustahil kalau kahwin boleh dpt anak..situasi bukan dlm paksaan… saiful takut kpd majikannya…

  18. ni jenis tak dpt terima pendapat orang lain…. dengar apa dia kata… jgn belasah sesuka hati sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s