70 NGO minta Seri Paduka campur tangan isu kalimah Allah

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Memorandum yang ditandatangani wakil 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta campur tangan bagi menyelesaikan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abd. Hamid berkata, memorandum itu turut mendesak supaya dipastikan penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.

“Kita juga merayu secara bersungguh-sungguh supaya raja-raja Melayu mengambil peranan muktamad bagi memastikan situasi tegang yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak berlarutan.

“Memorandum yang mengandungi 12 resolusi yang diluluskan ketika Muzakarah Pakar Isu Kalimah Allah: Katakanlah Allah Itu Yang Maha Esa akan diserahkan secepat mungkin kepada Seri Paduka pada satu tarikh yang belum ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel muzakarah tertutup anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Bantah Salah Guna Kalimah Allah berkenaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Muzakarah kira-kira empat jam turut disertai tiga ahli panel lain iaitu Penaung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), Datuk Dr. Haron Din; Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Md. Asham Ahmad.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan ia dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mohd. Azmi berkata, dalam memorandum itu, pihaknya turut mendesak supaya pihak Gereja Katolik menarik balik niatnya untuk menggunakan kalimah Allah.

Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shukri Abdullah ketika membacakan kenyataan bersama NGO Islam berkenaan berkata, pihaknya sedih dengan tindakan pihak tertentu yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.

“Mereka tidak wajar untuk terus menggunakan kalimah Allah kerana terjemahan yang betul bagi perkataan God dalam bahasa Melayu ialah Tuhan.

“Kita juga tertanya-tanya apakah motif sebenarnya kalimah Allah ingin digunakan sekarang sedangkan perkataan ini tidak pernah digunakan oleh orang Kristian di Semenanjung sebelum ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

4 responses to “70 NGO minta Seri Paduka campur tangan isu kalimah Allah

  1. Yang patut kita cemaskan, takutkan, desakan kepada semua, sudahkah kalimah Allah itu tertegak dalam diri kita yakni hukum hakam Allah itu sudahkah tertegak dalam diri kita. Bila hukum Allah sudah tertegak dalam diri-diri kita barulah musuh gerun dengan orang Islam. Dengan itu mereka akan takut untuk menggunakan kalimah Allah.

  2. Jadual Pengajian Umum Ustaz Muhammad Fuad – Januari 2010 : http://wp.me/piAx4-14J

    Rakaman Studio IKIM bersama Habib Umar Ben Hadfiz : http://wp.me/piAx4-14z

    Sejuta Pemuda Putihkan Jakarta : http://wp.me/piAx4-14m

  3. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s