Anwar Yang Minta Saya Ketuai KPS – Salehuddin

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini menjelaskan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempelawa beliau untuk mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), bukan atas permintaannya.

“Memadailah bagi saya menyatakan bahawa sindiran Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali Syed Husin terhadap saya adalah cukup untuk saya mendedahkan bahawa saya mempunyai rekod menghantar emel sulit kepada Anwar.

“Anwar sendiri yang mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi parti walaupun saya agak keberatan,” katanya dalam satu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Syed Husin hari ini yang mendakwa bekas setiausaha agung PKR itu bertindak keluar parti mungkin kerana marah tidak dilantik mengetuai KPS dengan permintaan gaji sebanyak RM50,000 sebulan.

Syed Husin juga berkata, andaian bahawa Salehuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung secara percuma juga tidak benar kerana hakikatnya beliau dibayar elaun sebanyak RM9,000 sebulan walaupun jumlah elaun yang diminta ialah sebanyak AS$3,000.

Beliau menolak andaian bahawa Salehuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung secara percuma juga tidak benar kerana hakikatnya beliau dibayar elaun sebanyak RM9,000 sebulan walaupun jumlah elaun yang diminta ialah sebanyak AS$3,000 (RM10,149)

Dalam pada itu Salehuddin menegaskan bahawa beliau hanya akan mengambil tugas yang ditawarkan Anwar jika dibayar RM1 sebulan.

“Memadailah untuk Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum cakap melalut,” katanya.

Tegasnya, semua bukti mengenai tawaran jawatan kepadanya direkodkan dalam komputer miliknya.

“Saya berharap Syed Husin yang tinggi kalibernya untuk sekurang-kurangnya menaikkan standardnya daripada standard kebudak-budakan.

“Tetapi saya faham buluh tua tidak boleh dilentur lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan adalah satu perkara yang melucukan bagi seorang pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi dalam PKR menimbulkan isu beliau mahu jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Tambahnya, pemimpin tinggi parti seperti Syed Husin sepatutnya berusaha mengukuhkan parti daripada “meneruskan dendam peribadinya”.

Kata Salehuddin, selama empat tahun beliau bertugas sebagai Setiuasaha Pengelola dan Ketua Staf di pejabat Anwar beliau tidak menerima apa-apa bayaran.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Anwar telah merayu saya untuk berkhidmat sebagai Setiuasaha Agung sepenuh masa. Dengan berat hati saya menerima jawatan tersebut dengan beberapa syarat, antaranya gaji yang mencukupi dan elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, makan minum dan sebagainya.

“RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah gaji yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti,” katanya.

http://mstar.com.my/

One response to “Anwar Yang Minta Saya Ketuai KPS – Salehuddin

  1. Salam Sdr,

    Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

    Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

    Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

    Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s