Sultan Kelantan berangkat pulang

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
pengarang@utusan.com.my

Sebahagian rakyat Kelantan menunggu ketibaan Tuanku Ismail Petra di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 4 Mac – Setelah pelbagai kontroversi melanda institusi diraja negeri ini, akhirnya Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang tengah hari ini.

Baginda tiba dengan pesawat Kerajaan Malaysia kira-kira pukul 12.50 tengah hari selepas hampir 10 bulan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Ismail diiring Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid dan anakanda ketiganya, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga anakanda sulung baginda dilihat tiba dari Singapura kira-kira 30 minit lebih awal dengan menggunakan pesawat yang berasingan.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, Tuanku Ismail Petra yang berkerusi roda diiringi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian. Tuanku Ismail Petra kelihatan sihat dan sempat melemparkan senyuman kepada pemimpin-pemimpin negeri.

Seluruh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob hadir untuk menyambut kepulangan baginda.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hadir kerana sedang dirawat di Hospital Univesiti Sains Malaysia (HUSM) sejak petang semalam.

Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini membanjiri lapangan terbang dan pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian untuk menyambut keberangkatan pulang baginda.

Kebanyakan mereka memakai kemeja T berwarna biru, putih dan kuning yang tertera tulisan Daulat Tuanku.

Tetapi orang ramai yang menunggu sejak awal pagi agak kecewa apabila kenderaan yang membawa baginda tidak melalui kawasan perkarangan lapangan terbang tempat mereka berhimpun sebaliknya dibawa melalui jalan berbeza ke Istana Mahkota.

Pada perhimpunan tersebut terdapat individu mengedarkan risalah bertajuk, Penderhaka kepada sultan? Ia memaparkan gambar lima individu termasuk pegawai kanan kerajaan dan istana serta tiga ahli perniagaan.

Risalah tersebut dikatakan dipetik dari sebuah portal berita dan kesemua individu terbabit dipercayai telah dilucutkan gelaran ‘datuk’ dan anugerah Jasa Pendamai daripada baginda baru-baru ini.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui pihaknya tidak menerima arahan secara rasmi daripada pejabat pengelola Istana untuk menyambut kepulangan baginda.

Mengulas mengenai keadaan Nik Abdul Aziz, beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya menjalani rawatan biasa dan diminta berehat.

Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei lalu untuk menerima rawatan.

Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei lalu.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s