Keluar parti: Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

06/03/2010 11:19am

MELAKA 6 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

“Ini masalah kita, ada pengajaran juga… sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata, semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. – Bernama

http://utusan.com.my/

6 responses to “Keluar parti: Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

  1. Hanipah bin Ishak

    Sebenarnya sudah sampai masanya ahli-ahli PKR berketurunan Melayu pulang ke pangkal jalan dgn menyertai UMNO supaya kekuatan kita bertambah drp bertembung sesama sendiri. Saya pasti hati mereka tetap kpd perjuangan melayu sebagaimana UMNO lakukan.

    UMNO sudah terbukti sejarahnya membangunkan negara ini dan berjuang untuk orang2 melayu dan menegakkan islam. Jadi kembalilah demi bangsa agama dan negara. Kita tak ada negara lain selain Malaysia yg kita cintai ini.

  2. khairuummah77

    Kami pertubuhan Khairu Ummah memerlukan bantuan untuk menjayakan pembenaan pondok sila layari Blog kami http://khairuummah77.wordpress.com/

  3. penulis_cyber

    saya akan membantuu setakat yang boleh.semoga mendapat pertolongan dari Allah menerusi tangan hambaNYA yang berkemampuan..

  4. MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH
    AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
    Pengasas & Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta .Kunjungan khusus beliau ke Masjid al-Falah USJ : keterangan lanjut klik : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/03/munzir.jpg

  5. kepada En Hnipah saya ingin nasihatkan anda
    lebih baik jangan campurtangan hal rumah tangga orang kerana saya rasa anda tidak ada
    ilmu dalam menilai semuanya ini sebab anda kurang pengatahuan agama .lantas anda mengada adakan pekara yang dilarang oleh agama .kalau naktahu agama kita melarang berjuang atas dasar kebangsaan apatahlagi berselindung di belakang agama untuk mendapat sedikit kemewahan dunia semata mata

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s