Pindaan akta ambil kira hak Orang Asli

2010/03/18

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia menerima pandangan dan cadangan daripada masyarakat Orang Asli berhubung pindaan Akta Orang Asli 1954 dan pelaksanaan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara, pada 4 Disember lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pandangan itu boleh dikemukakan dalam sesi taklimat ke seluruh negara yang sedang berlangsung ketika ini, bertujuan mendapat maklumat Orang Asli berhubungan pindaan akta dan pelaksanaan dasar berkenaan.

Justeru, beliau memberi jaminan sebarang pindaan akta bakal dibentangkan di Parlimen pada Jun depan, tidak akan menjejaskan hak Orang Asli kerana kerajaan sentiasa melindungi hak masyarakat pribumi itu. “Sebenarnya, Orang Asli bukan saja berhak mendapatkan tanah diwartakan kerajaan untuk masyarakat Orang Asli tetapi juga layak memohon mendapatkan tanah seperti kaum Bumiputera lain.

“Masyarakat Orang Asli juga perlu sedar bahawa hak mereka bukan hanya terhad ke atas tanah seluas dua hektar atau empat hektar kerana mereka boleh memohon untuk memiliki rumah seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Malah, ia juga bukan terhad kepada kawasan penempatan disediakan kerajaan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau rumah kos rendah saja,” katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini, semalam.

Sementara itu, kira-kira 2,000 ahli Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Semenanjung Malaysia berkumpul di Dataran Putra sejak jam 1 tengah hari, bagi menyertai program penyerahan memorandum bantahan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli oleh Majlis Tanah Negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum setebal lapan muka surat itu diserahkan oleh Presiden POASM, Majid Suhut kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.

Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s