Penduduk gesa Suhakam siasat MB Selangor

KUALA LUMPUR 1 April – Para penduduk di Hulu Selangor menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menghalang projek pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah.

Wakil penduduk, Zainal Abidin Zulkifly mendakwa, tindakan Menteri Besar itu telah menutup peluang pekerjaan yang mampu menaikkan taraf ekonomi penduduk di kawasan berkenaan jika projek tersebut diteruskan.

”Penduduk Hulu Selangor sangat kecewa dengan tindakan Abdul Khalid kerana selama ini mereka ternanti-nanti projek seumpama itu.

”Kita juga berharap projek-projek perumahan yang terbengkalai di kawasan Serendah dapat dipulihkan apabila kawasan berhampiran dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan bersama kira-kira 50 penduduk Hulu Selangor di hadapan bangunan Suhakam di sini hari ini.

Terdahulu Zainal Abidin menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangani lebih 10,000 penduduk dari Serendah, Sungai Choh, Rawang, Ulu Yam, Bukit Beruntung dan Lembah Beringin berhubung tindakan Menteri Besar itu kepada Suhakam.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr. Chiam Heng Keng menerima memorandum tersebut.

Menurut Zainal Abidin, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mempunyai tanah seluas 800 hektar di pinggir pekan Serendah dan telah diberi kontrak di bawah rancangan pembiayaan untuk membangunkan sebuah cawangan kampus UiTM di atas tanah seluas kira-kira 200 hektar.

”Projek yang bernilai RM300 juta ini dirancang untuk dibangunkan dalam tempoh tiga tahun. Ia berpotensi menjana kerja-kerja penyelenggaraan pembangunan yang dianggarkan berjumlah RM1 bilion dalam jangka masa 20 tahun akan datang,” katanya.

Tambah beliau, Serendah adalah sebuah bandar yang sepi dari segi pembangunan dan boleh digelar sebagai ‘sleepy town.’

”Ekoran rancangan pembangunan kampus UiTM di Serendah itu, beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga telah menunjukkan minat untuk membina cawangan mereka di kawasan itu.

”Tetapi kini semuanya telah dihentikan ekoran tindakan Menteri Besar Selangor yang sengaja menghalang projek pembinaan kampus UiTM itu tanpa sebab munasabah,” jelasnya.

Projek pembinaan kampus itu dibatalkan apabila YBK gagal mendapat kebenaran kerajaan negeri untuk memulakan projek tersebut selepas ia menolak syarat supaya Menteri Besar dan seorang anggota Exco kerajaan negeri dilantik dalam lembaga yayasan tersebut.

http://www.utusan.com.my/

One response to “Penduduk gesa Suhakam siasat MB Selangor

  1. kerana pembatalan kampus UITM SERENDAH lah….saya akan berdendam dgn kerajaan SELANGOR PKR…dan saya tidak akan maaf kan mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s