MIC yakin 70 peratus pengundi India kembali sokong BN

09/04/2010 5:44pm

HULU SELANGOR 9 April – MIC Hulu Selangor yakin kira-kira 70 peratus daripada 12,453 pengundi India akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ketua Penerangannya, Raily Muniandy berkata MIC bahagian yakin sasaran itu akan dicapai bagi membaik pulih rekod kurang memberangsangkan parti komponen BN pada pilihan raya umum Mac 2008.

“Pada pilihan raya umum lepas cuma dapat sokongan 30 peratus. Kali ini kami yakin boleh dapat 70 peratus sokongan pengundi India untuk pastikan BN menang,” katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Baru di sini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimiliki MIC menerusi Datuk G. Palanivel sejak 1990 sebelum Timbalan Presiden MIC itu tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dengan majoriti 198 undi pada Mac 2008.

Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini diadakan ekoran kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lepas.

Muniandy berkata, BN berpeluang merampas semula kawasan itu berdasarkan perubahan sentimen rakyat, terutama pengundi India, yang sebelum ini tidak menyokong MIC antara lain kerana terpengaruh dengan dakwaan Hindraf.

Selaku pencabar di kawasan parlimen itu, BN akan meletakkan calon daripada MIC yang akan diumumkan pada 15 April iaitu dua hari sebelum tarikh penamaan calon. – Bernama

http://utusan.com.my/

2 responses to “MIC yakin 70 peratus pengundi India kembali sokong BN

  1. Baguslah macam tu…..diucapkan selamat memenangi kerusi Hulu Selangor…cuma nak tanya sikit MIC Hulu Selangor, macamana dengan tuntutan orang India terhadap perkara berikut:

    Kematian Kugan serta tuntutan Hindraf dan beberapa tuntutan yang dibuat, MIC dah selesai buat penyelesaiaannya.

  2. Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor……..jika setuju sila klik disini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s