1,700 lagi ahli PKR keluar parti

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Cawangan-cawangan tersebut turut dibubarkan dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat.

Seorang usahawan, R. Letchumanan, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan cawangan PKR dan jawatankuasa terbabit dibuat serta merta selepas mendapat mandat majoriti ahli yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR .

Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

“Sudah dua tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kattu Raja, Jalan Paya Besar, dekat sini malam tadi.

http://utusan.com.my/utusan/

Advertisements

3 responses to “1,700 lagi ahli PKR keluar parti

  1. Its better for these kind of people to get out from Pakatan before PRU13. Dialu alukan mana-mana ahli parti pro pakatan untuk berbuat demikian kerana ini adalah waktu yang sesuai. Ini adalah kerana kebangkitan parti seperti PKR pada PRU12 terlalu drastik dan tidak mustahil wujud golongan atas pagar yang turut ikut masuk.

    Jikalau dipersoal soal kepimpinan, tidak ada orang keluar parti akan berkata parti asal mereka itu baik melainkan dengan dakwaan negatif. Tetapi disini jelas dilihat mereka yang keluar dari PKR ini tidak memahami apakah agenda sebenar Pakatan Rakyat sebagai satu gerakan rakyat. Disinilah kita dapat melihat siapa yang benar-benar berjuang dan siapa yang mengharapkan sesuatu atas nama perjuangan.

    Rakyat Malaysia sedia maklum Pakatan Rakyat bukanlah satu organisasi yang mempunyai akses kepada banyak sumber seperti Barisan Nasional. Seharusnya apabila mereka menyertai parti-parti Pakatan Rakyat, mereka harus tahu akan ada banyak kelemahan dan kekurangan dan kedatangan mereka kedalam parti dahulu adalah diharapkan dapat membantu perjuangan dalam ertikata sebenar. Seharusnya mereka perlu bertanya apa yang boleh saya buat untuk Pakatan dan bukannya bertanya apa Pakatan dah buat untuk saya.

    Saya amat yakin tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat gentar dan hairan tentang isu ini kerana ia sudah diagak akan berlaku. Pakatan Rakyat dibentuk sebagai wadah perjuangan rakyat dan mereka yang akan terus berada dalam Pakatan Rakyat adalah pejuang dan pejuang adalah mereka yang sedia maklum akan pengorbanan dan kesusahan dalam apa yang diperjuangkan. Memang tidak harus ada kaki komplen dalam organisasi seperti ini. Dipersilakan pergi dengan hormatnya kepada mereka yang mahu terus dengan keadaan sedia ada.

  2. Adakah wajar seorang yang keluar PKR tapi menyertai BN? Fikirkanlah…

  3. Kenapa perlu keluar parti.. Percaya lah akan perjuangan kita.. Janganlah berkecimpong dalam konco2 yang penting kan diri sendiri.. Perjalanan PKR masih lagi jauh.. Kita perlu sama2 berjuang untuk mancapai matlamat kita.. Jangan suka2 membuat keputusan yang boleh memudaratkan cawangan parti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s