Manikavasagam terima ugutan bunuh

2010/05/16

BH KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pagi ini menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di sini.

Nota ugutan itu bertulis “Jangan campur isu pasir u mati”. Bungkusan cat merah yang dilemparkan itu mengenai bahagian belakang dua kenderaan milik wakil rakyat itu, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima warna kelabu gelap dan dan Proton Perdana warna putih. Nota dan bunkusan plastik itu dipercayai dilempar antara jam 4 hingga 5 pagi oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan dakwaan Manikavasagam sebelum ini membabitkan isu pasir dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Manikavasagam berkata, beliau hanya menyedari kejadian itu pada jam 7.30 tadi pagi ketika ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Katanya, polis yang dihubungi sejurus kejadian, datang ke rumahnya kira-kira jam 7.45 pagi.

“Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya membabitkan dakwaan itu. Saya masih tidak akan meminta maaf dan tarik balik apa yang saya katakan mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita.
Jumaat lalu, Manikavasagam membuat laporan polis terhadap tiga ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan ke telefon bimbitnya, membabitkan dakwaan beliau itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my

Advertisements

One response to “Manikavasagam terima ugutan bunuh

  1. Bukti adalah penting dalam sebarang tuduhan yang hendak dibuat, Jangan sampai fitnah berlaku wahai YB. YB adalah orang yang dihormati dan wakil dari sebahagian besar kawasan YB. Musuh kepada kita dalah orang yang tidak suka kepada kita itu pendapat saya, ada kemungkinan musuh YB sendiri yang jadi gunting dalam lipatan. Walaubagaimanapan saya simpati. YB adalah seorang yang baik dan saya adalah salah seorang penyokong YB.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s