Kajian perlu dibuat mengenai bukan Islam jadi peguam syarie – Utusan Malaysia

17/05/2010 5:56pm

KOTA BHARU 17 Mei – Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad berkata, satu kajian perlu dibuat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur membenarkan seorang peguam bukan Islam mendapatkan semakan kehakiman bagi membolehkannya menjadi peguam syarie.

“Kajian atau penelitian perlu dibuat bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung perkara itu berdasarkan perundangan dan Perlembagaan Negara,” katanya di sini hari ini.

Ini kerana Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang dikuatkuasakan sejak 1982 dan enakmen pentadbiran Mahkamah Syariah yang diguna pakai oleh semua negeri sekarang tidak membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan undang-undang syariah.

“Isu membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes-kes yang melibatkan mahkamah syariah, adalah sesuatu yang agak luar biasa,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan (WP).

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam. – Bernama

http://utusan.com.my/utusan/

One response to “Kajian perlu dibuat mengenai bukan Islam jadi peguam syarie – Utusan Malaysia

  1. nth pe2 je lh penulis dan pengUPDATE2 lamn malaysia kini nih…
    maklumat tu biar lh jelas..terang dan nyata….
    kenapa ayik nak mengheantam sebelah pihak shj..???
    knp tak suma pihak di libat kn sama??baru lah adil…
    jadi sesuai lh dgn laman ni yg di gelar MALAYZIO KUNO…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s