Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz – Mstar Online

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

http://www.mstar.com.my/

3 responses to “Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz – Mstar Online

  1. Dasar pendidikan di Malaysia
    Halal haram dan trade mark jakim
    Melayu dan bahasanya.
    Melayu dan iklan percuma.
    Baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/

  2. Pingback: kiriman blog saya berada di tempat ketujuh. « nihilisme-bebas,neutral

  3. Sedih juga dengar kisah2 macam nikan. tapi nak buat ape? kita cuma boleh merancang. ingatkan rakyat biasa je boleh bercerai berai. tapi ada pelung lagi nak rujuk 2. insallah kalu tuhan buka pintu hati kedua belah. bersatu semula lah. amin. kita doakan sama2 ye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s