Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

TEO NIE CHING menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut.

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar Nie Ching dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Dalam pada itu, Mohammed Khusrin menyatakan orang bukan Islam hanya boleh melawat kawasan masjid atau surau tetapi tidak boleh memasuki ruang solat rumah ibadat berkenaan.

“Jika benar akan keadaan ini berlaku, seharusnya nazir atau jawatankuasa surau terbabit sepatutnya sudah maklum akan larangan ini termasuklah larangan berpolitik di dalam masjid.

“JAIS, MAIS telah banyak kali menegaskan akan larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik apatah lagi dengan menjemput orang kafir untuk mengadakan majlis dalam ruang solat.

“Jika mereka nak adakan majlis, mereka boleh mengadakan majlis sama ada pemberian bantuan atau sebagainya di luar masjid atau surau, bukannya di dalam rumah ibadat ini,” tegasnya

Sementara itu blog Nie Ching (http://www.wretch.cc/blog/teonieching) telah menyiarkan berita mengenai kunjungan beliau ke Surau al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Advertisements

3 responses to “Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

  1. Sebenarnya dah lama dah berlaku aktiviti macam ni! Sebelum ni si xavier pernah bagi ‘ceramah’ di satu masjid di Selangor. Yang mengherankan orang Melayu Islam kita nih mengikut dan mengangguk jer bila golongan kafir nih minta bagi ruangan untuk mereka ber’tazkirah’.

  2. Abdul Rahman

    Nampak macam orang sedang menyanyi aje. Lagu ape ye…sebab yang khusuk mendengar nya pulak tu yang berserban..dan ditengah tengah upacara sembahyang tarawih.
    Ini lah dia setengah setengah orang Islam yang boleh menghalalkan apa yang difikirnya baik untuk dirinya.
    Kononya nak mengalakkan orang bukan Islam bercampur dengan orang Islam. Salah cara sebegini. Adaa banyak cara lain lagi. Bukan memberi TAZKIRAH. Buat ceramah dibawaah khemah….bukan dari tempat Imam bersembahyang. Tempat kita sujud menyambah ALLAH. Imam apa namanya ni. Tempat sucinya boleh dicemarkan.
    Saya percaya, bini imam ni sekali pun tidak pernah sampai ketempat penyanyi ini ber Tazkirah.
    Ya ALLH ya Tuhaanku…tunjukkan lah segelintir maknusia yang taksub kepada keadaan semasa ini kejalan yang kaau redhai. Aminnnnnnnn

  3. banyaklah ko punya songeh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s