Pulang semula RM100 bukan sandiwara – Utusan Malaysia

01/10/2010 2:47pm

KEPALA BATAS – Tindakan sekumpulan warga emas memulangkan semula bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri kerana dana perjudian bukan dipaksa ataupun sandiwara.

Kumpulan ini melahirkan rasa kesal dan mendakwa dituduh berbuat demikian oleh seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang.

Menurut imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, beliau kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh exco berkenaan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.

“Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tidak berlakon ataupun bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati kami yang sangat sedih.

“Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan diperoleh daripada sumber haram,” katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri hanyalah satu sandiwara.

Saidin yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun di masjid berkenaan turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu. – Bernama

http://www.utusan.com.my/

2 responses to “Pulang semula RM100 bukan sandiwara – Utusan Malaysia

  1. 17 tahun jadi iman tapi gagal tarbiahkan umnopco sebabnya hati imam sendiri tidak iklas kerja imam semata mata kerna gaji bukan amanah Allah yang dipersoalkan kemudian.Gagal jalamkan amanah sebagai imam pun dah haram inikan pulak 17 tahun tapi tak nampak? Allah butakan mata hatinya Nur Iman kerna dihatinya ada rasa Ego dengan ilmunya,ILmu Akhirat tidak boleh dijual beli tetapi harus dihijrahkan pada yang tidak tahu tetapi sebaliknya imam sendiri pun 2×5,5×2 juga ,ni umnopco punya vision. Islam ini mudah dan Indah bagi orang orang yang bertakwa.tetapi bagi orang orang yang gila kuasa dan pangkat islam ni sukar dan menyusahkannya.Bagi yang menentang syariat bererti kunci kunci syurga terkunci rapat hanya pintu pintu neraka baginya.Anda sokong Pas pun mati dan dipersoalkan apatah lagi Umnopco????…Orang orang Pas yang kaya pun disoal kekayaannya inikan pula orang kaya Umnopco????..Orang Orang Pas yang berIlmu pun dipersoalkan Ilmunya inikan pula Umnopco???Orang orang Pas yang sihat kesihatannya pun dipersoalkan manafaatnya inikan pulak umnopco???.Orang orang Pas yang ada masa pun diipersoalkan masa yang ada diperguna kemana inikan pulakkk UMnopco???……Pemimpin Pemimpin Pas pun dipersoalkan Amanah yang dipertanggongjawabkan inikan pulak pemimpin UMnopco yang jelas menolak syariat Islam.Fikir fikirkan lah dan renung renungla apa yang baik bagi Anda!

  2. yang memberi adalah kerajaan negeri…kenapa pulak buat serahan kepada pimpinan UMNO pelik jugakkan ???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s