Dr. Mahathir makin pulih

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun, Dr. Mahathir Mohamad semakin baik dan telah bertindak balas positif terhadap rawatan yang diberikan.

Menurut Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, doktor berpuas hati dengan kemajuan Dr. Mahathir yang bertindak balas terhadap antibiotik dan fisioterapi yang diberikan.

“Doktor akan terus memantau keadaan beliau di wad biasa untuk beberapa hari akan datang ini.

“Tun Dr. Mahathir telah dinasihatkan supaya terus berehat bagi memulihkan sepenuhnya kesihatan beliau,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Dr. Mahathir tiba Melbourne pada Khamis lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne pada Sabtu.

Semalam, Dr. Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia pada pukul 9 pagi bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi dan keadaannya adalah stabil.

Sufi memberitahu, anak Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir telah melawat bapanya pagi ini.

Tambahnya, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), turut bersarapan pagi bersama dengan Dr. Mahathir dan Siti Hasmah.

Pada masa sama, Sufi berkata, Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah juga berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap keadaan kesihatannya.

http://utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s