Dituduh rasis: Timbalan Pengarah BTN lapor polis

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita propembangkang The Malaysian Insider dan seorang wartawannya, dipercayai berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman dan menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Hamim yang membuat laporan itu di Balai Polis Sentul pada pukul 12.30 tengah hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai kandungan laporan polis itu.

Selepas selesai membuat laporan, dia dilihat keluar dari balai dan berhenti seketika sebelum menadah tangannya untuk membaca doa selama beberapa minit.

Dia kemudian menuju ke sebuah kereta Proton Wira dan sebelum menaikinya sempat mengucapkan terima kasih ke arah wartawan sambil melambaikan tangannya.

Hadir menemani Hamim ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah dan beberapa ahlinya.

Arman yang bercakap bagi pihak Hamim memberitahu pemberita, bahawa wartawan The Malaysian Insider terbabit yang membuat laporan itu menyalahtafsirkan kenyataan pegawai kanan BTN itu sehingga mencetuskan ketegangan di antara kaum.

Menurut Arman, Perkasa berdiri teguh di belakang Hamim kerana beranggapan dia tidak bersalah dalam perkara ini, lebih-lebih lagi majlis anjuran Pergerakan Puteri UMNO pada 27 September lalu itu merupakan forum tertutup.

“Wartawan itu yang tidak prihatin dan tidak menghormati majlis tertutup itu telah menyelinap masuk dan membuat laporan yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/

Advertisements

One response to “Dituduh rasis: Timbalan Pengarah BTN lapor polis

  1. Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India
    Tarikh: 1 Dhulqaedah 1431/9 Oktober 2010
    Masa: Selepas Maghrib
    Lokasi: Majlis Pengajian di Pusat Pengajian Ba’alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati (Belakang Zoo Negara)
    Acara: Majlis Pengijazahan Sanad Kutub Sittah oleh Sayyid Salman al-Husaini, Syeikhul Hadits Nadwatul Ulama, Lucknow India (hadir sama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadwi
    Undangan pengijazahan Kitab Hadis yang 6(Bukhari,Muslim,Abu Daud, Tirdmidzi, Nasai dan Ibnu Majah) oleh Syeikhul Hadits dari Nadwatul Ulama India, Sayyid Salman Al Hussaini di Ba’alawi Kuala Lumpur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s