Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah – Kosmo

Oleh IKHWAN IDERIS

ikhwan.ideris@kosmo.com.my

 

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta Mercedes Benz model C-Class dan E-Class di negara ini boleh menarik nafas lega apabila Mercedes-Benz (Malaysia) semalam mengesahkan hampir kesemua kenderaan bagi kedua-dua model itu tidak terlibat dalam masalah stereng.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz (Malaysia), Peter Honegg berkata, semua kereta model C-Class dan E-Class yang dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang tidak mempunyai masalah tersebut.

“Di Malaysia, kenderaan yang terlibat hanya 38 buah kereta model E-Class Cabriolet yang dipasang dan diimport dari Jerman.

“Bagaimanapun, semua pemilik kenderaan tersebut telah dikenal pasti dan dimaklumkan mengenai masalah ini serta diminta menghantar kereta masing-masing ke pusat servis,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula 85,000 unit model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet ekoran masalah stereng.

http://utusan.com.my

 

One response to “Kereta Mercedes buatan Pekan tiada masalah – Kosmo

  1. Terima kasih Kereta2U.Telah berkali-kali saya gagal mencuba untuk mendapatkan kereta akhirnya saya berjaya.Memang berbaloi dengan tawaran harga dan keadaan kereta

    PERODUA KANCIL 850EX – 1998

    * NOZAID BIN HAMID
    * PETALING JAYA SELANGOR

    NOZAID BIN HAMID
    ammarhariz1@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s