Perang Kempen Bermula

 GUA MUSANG – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, manakala calon Pas ialah Dr Zulkefli Mohamad, 44, ialah Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, semalam, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada jam 11 pagi.

Pengumuman disambut sorakan bergemuruh penyokong kedua-dua parti itu.

Terdahulu, Abdul Aziz tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada jam 9.05 pagi diiringi Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah tidak kelihatan di pusat penamaan calon dan hanya berada seketika di luar pekarangan kawasan pusat itu.

Zulkifli tiba jam 9.30 pagi diiringi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Seperti kebiasaan, penyokong Pakatan Rakyat (PR) mendominasi pekarangan pusat penamaan calon dengan kehadiran kira-kira 8,000 penyokong manakala 4,000 dari BN.

Tiada sebarang kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua parti yang dipisahkan lebih 100 meter antara kedua-duanya, namun sedikit kekalutan berlaku di pintu masuk bagi penyokong PR apabila penyokong saling tolak-menolak semasa ketibaan calon dan pemimpin PR.

Bagaimanapun, Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) yang sebelum ini menyatakan kesediaan meletakkan calon pada pilihan raya kecil ini, bagaimanapun tidak muncul sehingga tamat tempoh masa penamaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya: (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pengundian.

DUN Galas adalah yang kedua di Kelantan selepas DUN Manik Urai pada 14 Julai 2009 serta pilihan raya kecil ke-12 selepas pilihan raya umum 2008.

Sumber: Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s