SPR sifatkan pemberian wang Nik Aziz sebagai rasuah

03/11/2010 8:10pm

 

GUA MUSANG 3 Nov. – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.

“Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Katanya, badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan. – Bernama

 

http://utusan.com.my/utusan/

 

Advertisements

2 responses to “SPR sifatkan pemberian wang Nik Aziz sebagai rasuah

  1. Sekadar bertanya je! Apakah PAS itu Nik Aziz? dan Nik Aziz itu PAS? Kalau begitu perjuangan PAS bukanlah untuk ugama tapi untuk Nik Aziz!
    Betul tak…..?

  2. Sang Penjelajah Malam

    hi, please come to my blog

    Salam kenal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s