Masalah komunikasi punca pesawat KM Melaka ditahan

Masalah komunikasi dan peraturan semasa mengisi minyak dipercayai menjadi punca pesawat khas jenis BAE 146-200 yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.

Beliau berkata pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.

“Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu telah bertindak untuk memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu dan juga memeriksa sama ada pesawat itu dibenarkan untuk berhenti di lapangan terbang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang AUO Sunpower Corporation oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Alor Gajah, semalam.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan pesawat itu yang membawa rombongan kerajaan negeri Melaka yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.

Enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

” Saya terpaksa menaiki pesawat MAS untuk berlepas awal kerana perlu melihat persediaan tapak kerana Najib melakukan lawatan ke Melaka hari ini,” katanya yang sempat “menyambut” ketibaan pesawat yang ditahan itu di LTAM.

Mohd Ali dan rombongan terdiri daripada pegawai kerajaan Melaka dan ahli perniagaan serta empat wartawan tempatan telah berlepas ke Dili pada Ahad lalu dalam misi meneroka peluang pelaburan ke negara bekas jajahan Portugal dan Indonesia itu.

Dalam lawatan itu, Mohd Ali yang sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Timur Leste, Ramos Horta dan sebanyak 17 perjanjian persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang termasuk minyak dan gas, teknologi maklumat dan pembinaan.

Menurut Mohd Ali pesawat itu sewaktu penerbangan ke Dili turut berhenti untuk mengisi minyak tetapi penumpang tidak turun ke landasan kerana hujan ketika itu.

Beliau berkata sewaktu insiden pesawat itu ditahan, kapten pesawat memberitahu telah menerima kebenaran untuk mengisi bahan bakar di lapangan terbang itu.

“Saya akan meminta Heritage Air untuk memaklumkan perkara sebenar berhubung insiden itu dan turut meminta Duta kita di Indonesia menyediakan laporan peraturan mengisi bahan bakar sewaktu dalam perjalanan,” katanya.

Setiausaha Akhbar kepada Mohd Ali, Daud Awang, salah seorang penumpang yang ditahan, ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak berasa cemas ketika pesawat itu ditahan oleh TNI.

” Kami telah dilayan dengan baik malahan dibenarkan untuk membeli-belah di sekitar lapangan terbang sewaktu kapten pesawat “berurusan” dengan pihak di sana untuk kebenaran berlepas ke Melaka,” katanya yang juga wartawan kepada akhbar harian kerajaan negeri Melaka, ” Melaka Hari Ini”.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman, gangguan teknikal berhubung penahanan pesawat itu boleh diatasi sekiranya permintaan dan peraturan pihak berkuasa Indonesia itu dipenuhi dengan semangat kerjasama.

Beliau bersyukur pesawat itu akhirnya dibenarkan berlepas dan selamat mendarat di LTAM tanpa insiden yang tidak diingini berlaku.

– Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s