Makhluk halus tinggalkan RM 10

Rumah ibu tunggal, keluarga kena ganggu

KOTA BHARU: Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat sini sejak seminggu lalu terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.4a33a066-16d6-4702-8091-aada02173947.jpg
Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.
Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab.

Zainab berkata, gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.

“Kira-kira jam 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan ‘Selamat Tinggal Semua’ dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu,” katanya kepada pemberita.

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap berlaku apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu.
“Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan berdendam dengan keluarga kami,” kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lalu.

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh.

Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara jam 7 pagi hingga malam pada setiap hari.

“Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula.

“Kami sudah membaca ayat al-Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s