Titah Sultan Selangor Jawab Kritikan Pemimpin Pakatan Rakyat – Sebarkan !!!

KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.

Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor,Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)
Tarikh : 4 Januari 2011

sumber : http://www.selangordaily.com/?p=848

3 responses to “Titah Sultan Selangor Jawab Kritikan Pemimpin Pakatan Rakyat – Sebarkan !!!

  1. JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT LAYARI BLOG PONDOKHABIB

  2. Perbuatan Pemimpin PKR Selangor dah kertelaluan. Sebagai seorang Pemimpin beliau harus faham kedudukannya adalah sebagai Pemimpin,bukan PEMERINTAH. Pemimpin hendaklah melaksanakan apa yang diperintah oleh PEMERINTAH (Sultan). Bukan menderhaka kepada Sultan. Renungkanlah siapa yang beri kuasa kepada pemimpin…Kami rakyat Selangor yang beri kuasa kepada kamu,melalui proses PilihanRaya. Tanpa undi kami kalian x jadi Pemimpin… Jadi kamu kena berhidmat kepada Rakyat,bukan buat kucar kacir Rakyat dengan kuasa yang kamu ada. Jangan jadi PENDURHAKA kepada Sultan kami. Sultan kami dah beri Restu kepada kamu,kamu cuba nak kona Sultan kami. Kalau Pemimpin dipilih oleh rakyat dan di beri restu oleh baginda sebagai PEMERINTAH NEGERI, siapa pulak yang pilih PEMERINTAH…?. PEMERINTAH bukan dipilih oleh pemimpin atau rakyat…PEMERINTAH dipilih BAGINDA RASULULLAH dan Pertabalan Pemerintah melalui sistem BAIAT SEBAGAI PEMERINTAH NEGERI / NEGARA yang dilakukan dihadapan RASULULLAH (rujuk salasilah Ahlul Bait). Dan perkara ini disambung oleh AhlulBait (Keturunan RAsulullah saw) yang berperanan melantik Pemerintah dan menjadikan Sultan Ketua Agama Islam yang bergelar KHALIFAH MAULAR. Dan pengertian MELAYU itu sendiri menurut Pengkaji sejarah Islam bererti MIM..Muhammad. LAMALIF..Lailahailullah. YA..Ya Allah. WAU..Wallahi, …………, ………….. . (mim,lamalif,ya,wau=melayu). Kesimpulannya adalah MELAYU ISLAM BERAJA. Jadi insaf lah wahai Pemimpin Politik. jangan mainkan sentimen ISLAM,RAJA DAN MELAYU. Kalian nak berpolitik kami sokong…!. tapi kalau sampai nak Durhaka kepada Raja kami,,,,buruk padahnya. AMPUN TUANKU…!!! jika kata-kata hamba keterlaluan…SAYA TETAP TAAT SETIA DAN PATUH KEBAWAH DULI TUANKU…DAULAT TUANKU…….13X (p/s; DAULAH DARI ALLAH, DAULAT KEPADA SULTAN KAMI SULTAN SELANGOR ) Untuk kefahaman yg lebih berkenaan hubung kait AhlulBait dan Raja-Raja Melayu rujuk buku =MENJEJAK WARISAN MELAYU ISLAM BERAJA.=

  3. terima kasih info tuan…sangat berharga sekali…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s