MB Selangor ‘keras kepala’ – NGO

 

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
pengarang@utusan.com.my

 

KETIKA kontroversi pelantikannya masih belum reda, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan pelantikan tersebut hadir pada majlis itu bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah


 

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih enggan mengiktiraf pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru walaupun Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Sambil menyifatkan Abdul Khalid ‘keras kepala’, mereka mahu Menteri Besar itu berhenti daripada mempertikaikan pelantikan tersebut.

Lebih-lebih lagi, dalam titah ucapan Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini, baginda telah menegaskan bahawa pelantikan Mohammed Khusrin adalah mengikut peraturan-peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga tidak tidak mahu isu pelantikan SUK yang baru itu terus diperbesar, dipolitik dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang diedarkannya kepada media di istana tersebut berkata, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.

“Kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran ini (Selangor),” kata Abdul Khalid.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, tindakan Abdul Khalid itu boleh mengakibatkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara.

“Sikap Abdul Khalid yang ‘keras kepala’ berhubung pelantikan SUK itu dibimbangi akan mengheret rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Jalan terbaik mengubah keadaan tersebut adalah dengan cara mengubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad dan perlu penyelesaian.

Abdul Khalid dan barisan Exco kerajaan negeri yang hadir pada upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia pelantikan di Istana Bukit Kayangan menegaskan, kehadiran itu tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap pentadbiran Selangor.

Mengulas lanjut, Feriz berkata, tanpa menunjukkan imej yang ikhlas mengenai penerimaan pelantikan SUK, ia jelas menampakkan sikap ingkar dan tidak taat Abdul Khalid kepada Sultan Selangor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad dengan nada tegas menggesa, Abdul Khalid berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor.

“Sudah-sudahlah. Tak perlu bising lagi, jangan mengeruhkan lagi keadaan. Kenyataan Menteri Besar yang tidak merelakan pelantikan SUK jelas menampakkan ia seperti memperlekehkan kuasa Sultan. Yang sudah dilantik, biarlah. Kenapa masih hendak memperlekeh Sultan?

“Tindakan itu nanti akan menyebabkan rakyat terus keliru. Demi perpaduan rakyat di Selangor berhentilah daripada membuat kenyataan mengelirukan. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Pelantikan itu sudah sah di sisi undang-undang,” jelasnya.

Kata Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, kehadiran Abdul Khalid pada upacara angkat sumpah itu sendiri membuktikan beliau setuju dengan pelantikan Mohammed Khusrin yang mendapat perkenan Sultan.

“Oleh itu, beliau kena hormat perkenan baginda. Jangan buat kecoh lagi. Kalau pertikai, ia seolah-olah mengajak rakyat terus membenci Sultan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor mengulangi desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mengadakan demonstrasi aman di Shah Alam semalam agar Abdul Khalid meletak jawatan.

“Kalau Abdul Khalid cuba menghalang Mohammed Khusrin menjalankan tugasnya, beliau sendiri yang sepatutnya meletak jawatan. SUK boleh hadir dalam apa jua majlis atau mesyuarat kerajaan negeri,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah pula menyatakan, Abdul Khalid sudah lupa sumpah taat setianya kepada Sultan Selangor sewaktu dilantik sebagai Menteri Besar apabila beliau mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin.

Tegasnya, sebagai seorang Melayu yang menjawat jawatan Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya menderhaka kepada Sultan.

“Kami mencadangkan pihak istana mengambil tindakan terhadap golongan yang menderhaka agar mereka keluar dari Selangor,” katanya.

 

4 responses to “MB Selangor ‘keras kepala’ – NGO

  1. InsyaAllah, kunjungan Al Habib Umar Ben Hafidz , ulama’ besar dan juga Rektor Darul Mustafa , Hadhramaut , Yemen ke Kompleks Yayasan Al-Jenderami dalam rangka dakwah beliau ke Asia Tenggara.

    Hari: Rabu , 12 Januari 2011

    Masa: 6.30 petang
    Acara: Pembacaan Maulid & Tausiyyah
    Tempat: Masjid Al-Jenderami

    Dijemput semua untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

  2. Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Assalamualaikum,
    Pengajian di Ba’alawi KL pada minggu ini adalah seperti berikut :-
    Hari : Jumaat malam Sabtu (Lepas Isyak)
    Tarikh : 14/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu (Dhuha)(10:00am)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu malam Ahad (8.00pm)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad (Dhuha)(10.00am)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad malam Isnin( Lepas Maghrib)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Habib Ali Zainal Abidin
    Kitab : Tafsir Quran Surah Yusof
    Mohon dipanjang-panjangkan kepada jemaah yang lain. Jazakallah
    ALAMAT LENGKAP : http://www.baalawi-kl.com/v1/

  3. MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
    SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
    Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
    (Ketua Ulama al-Quran di Syiria)

    DI MASJID AL-FALAH USJ 9

    pada :
    RABU , 19 JAN 2011
    LEPAS MAGHRIB
    (jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)

    biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )

    * Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
    * Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
    * Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
    * Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
    * Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
    * Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
    * Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
    * Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
    * Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
    * Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
    * Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
    * Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
    * Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
    * Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

    Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong

  4. AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s