Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan

KUALA LUMPUR 13 Mei – Laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, semalam.

“Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di sini hari ini.

Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.

Bagaimanapun di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.

Hishammuddin menambah, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan mengenai hal itu kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.

“Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku,” tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

6 responses to “Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan

  1. Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
    1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
    2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
    3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
    4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
    5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
    6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
    7. Tidak membunuh.
    8. Tidak Berzina.
    9. Sentiasa Bertaubat.
    10. Sentiasa Beriman.
    11. Sentiasa Beramal Saleh.
    12. Tidak memberi persaksian palsu.
    13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
    14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
    15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
    16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
    17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
    18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa.

  2. Pingback: Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan (via BERITA MALAYSIA KINI) « ApanamaDotcom…..

  3. Habib Ahmad

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :
    Pengajian Syeikh Fahmi Zamzam di Pusat Pengajian Ba’alawi

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  4. Saya fikir pun mereka tidak pernah mau menjadikan Malaysia Negara Kristian.Ini adalah kerana mereka menghormati Perlembagaan Perseku -tuan. Tapi jika ini berlaku pun tidak juga salah sebab kalau Allah sudah merencanakannya adakah kuasa kita untuk menentang kehendak Allah? Lagi pun coba kita lihat negara Mesir, Syria dan Libya yang agama rasminya Islam. Kenapakah rakyatnya bangkit memberontak sehingga mereka berja -ya menjatuhkan kerajaan? Adakah mutu agama Islam negara-negara tersebut lebih berkuaiti berbanding agama Islam Malaysia? Coba kita lihat pemimpin politik yang bertelagah di Malaysia sekarang ini?Semuanya ber -agama Islam tapi mengapakah mereka bertelagah? Utusan perlu disiasat sebab merekalah yang menyebabkan masalah ini berlaku. Mereka ini boleh menyebabkan ketegangan agama berlaku di negara kita. Maka syarikat akhbar ini MESTI ditutup.

  5. Setelah melihat beberapa perkara ber- laku di dunia, saya amat berasa amat gembira kerana jadi warganegara Malaysia. Rupanya lebih baik lagi jika ada pelbagai kaum dan agama dalam satu negara macam Malaysia. Araimaiti!!

  6. Saya asebagai seorang warganegara Malaysia cukup bersyukur, ini kerana bukan Islam sahaja agama terkuat di Malaysia, tetapi Agama lain juga boleh dikatakan ada kekuatan, jadi dalam hal ini, tidak ada mustahil bila Agama Kristian mau di rasmikan sbagai agama rasmi, itu tdak mustahil…kerana Allah ada mengatakan dalam setiap FirmanNya, apa yang akan bah…semua itu di tanganNya..kerana Dialah Maha pencipta……Khas nama2 setiap agama di dunia ini bukan itu yang menjamin kita sebagai manusia untuk kembali atau menjinakkan hidup dalam agama masing2…tetapi..sejauh mana kamu telah melakukan perkara Tuhan berikan, dan tidak melakukan perkara yang sepatutnya tidak patut kita lakukan….Jadi, bukan nama Khas agama itu menjadi tahap pengukur iaman kita..tetapi Kepercayaan kita pada Maha Kuasa..iaitu Allah, dan Pesuruh Allah, tidak kisahlah siapa pun pesuruh itu…tetapi satu yang membuat aku selalu ada keyakinan, kekuatan, pengharapan..dan semua kelayakan aku ada..melalui Firman Ynag hidup iaitu Isa Almasih, Dia selalu mengabarkan perkara benar dalam setiap aku berdoa. Kerana dia menemukan aku jalan yang lurus….!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s