Kerajaan belanja RM747j selenggara jalan persekutuan

25/10/2011 5:34pm

 

SEMENYIH 25 Okt. — Sebanyak RM747 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, peruntukan itu termasuk sebanyak RM377 juta yang dibelanjakan oleh Kementerian Kerja Raya manakala bakinya menerusi peruntukan yang disalurkan kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi.

“Ini menunjukkan kementerian tidak putus-putus (mengeluarkan perbelanjaan) bagi meningkatkan kualiti jalan raya bagi memudahkan pengguna.

“Perbelanjaan ini termasuk kerja-kerja menaik taraf di kawasan-kawasan yang cenderung berlakunya kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di persimpangan jalan Taman Pelangi, Semenyih menghala ke persimpangan jalan Broga hari ini.

Shaziman berkata, perbelanjaan penyelenggaraan itu termasuk di Sabah dan Sarawak, adalah bagi kerja-kerja pelebaran, menaik taraf jalan dan sebagainya. — Bernama

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s