Seksualiti Merdeka dihentikan

 

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Penganjur Seksualiti Merdeka 2011 hari ini menghentikan acara awam program mempromosi seks bebas itu berikutan kecaman dan bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama.

Menurut kenyataan akhbar yang disiarkan dalam laman web program itu, ia dilakukan demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir selain akan cuba bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.

Bagaimanapun penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

“Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia,” menurut kenyataan itu di http://www.seksualitimerdeka.org.

Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan agama dan moral kemanusiaan.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur turut menyelar kerajaan berhubung pengharaman program yang dikatakan sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini.

“Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBT sebagai hak asasi manusia sejagat.

“Kerajaan juga harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman,” menurut kenyataan itu.

Penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu sebaliknya akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia (LGBT) yang telah sedia menderita akibat dipinggir masyarakat.

Menurut kenyataan itu, golongan LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka.

“Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah dan kesamarataan semua manusia,” katanya.

Sementara itu, penganjur mendakwa program Seksualiti Merdeka yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun selama ini tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak.

http://www.utusan.com.my/

One response to “Seksualiti Merdeka dihentikan

  1. macam2 je,,apa nak jadi ngan budak sekarang?,,sebaik nya pihak berkuasa jgn berkompromi dan mesti mengharamkan kegiatan yg tdk bermoral ini(sex bebas),,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s