Pengagihan Daging Korban Harus Dilakukan Oleh Orang Islam, Kata Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Pengagihan daging korban perlu dilakukan oleh orang Islam kerana ia merupakan ibadah keagamaan dan demi memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam tetapi persoalannya sekarang di manakah pemimpin-pemipin masyarakat dan anggota politik yang beragama Islam Pengagihan Daging Korban Harus Dilakukan Oleh Orang Islam, Kata Jamil Khirdalam melaksanakan ibadah korban tersebut?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011 Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak di sini Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan bahawa beberapa blog mempertikai tindakan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.

Akhbar berkenaan memetik blog http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com yang memaparkan gambar Kok mengagihkan daging korban tersebut bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.

Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan cerita tersebut.

Sementara itu, mengenai Tadika Islam di bawah pentadbiran MAIWP, MAIWP akan menaikkan kadar bantuan makanan daripada RM1.50 sen sehari kepada jumlah antara RM1.80 sen dan RM3 sehari untuk setiap pelajar bermula Januari ini.

Selain itu, MAIWP telah membelanjakan kira-kira RM6.5 juta setahun untuk pembayaran emolumen kepada guru-guru tadika berbanding hasil pendapatan MAIWP menerusi kutipan yuran bulanan berjumlah hanya RM1.2 juta setahun, kata Jamil Khir.

Pembayaran emolumen melebihi pendapatan MAIWP itu adalah untuk membuktikan bahawa pihaknya mahu memastikan pelajar-pelajar tadika Islam mempunyai keseimb angan antara penguasaan ilmu dan nilai sahsiah dan peribadi yang tinggi, katanya.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=627660&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s