Pendirian Anwar ancam negara – Ust Ismail Mina & Dr Maamor

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

 

Kiri Ismail Mina Ahmad, Dr. Maamor Osman

 

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan berbahaya dan boleh mengancam negara.

Ini kerana menurut Ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, kenyataan ketua pembangkang itu dikhuatiri akan menyebabkan golongan radikal pro-Palestin melabel Malaysia sebagai antara negara penyokong rejim Zionis.

“Saya bimbang golongan ini tersalah tafsir berhubung polisi luar negara kerana kenyataan Anwar itu seolah-olah menggambarkan kita menyokong kedaulatan Israel. Dikhuatiri Malaysia akan menjadi sasaran seterusnya buat golongan radikal ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Ujar Ismail Mina, ancaman daripada golongan radikal tersebut boleh wujud kerana tindakan menyokong entiti haram Israel dan seumpamanya adalah seperti mengkhianati perjuangan umat Islam seluruh dunia.

“Entiti haram Israel tersebut ditubuhkan atas konspirasi Zionis-Kristian yang bermatlamat merampas hak rakyat Palestin. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab mengembalikan status quo serta hak tersebut kepada penduduk asal Baitulmaqdis,” ujar beliau.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menegah usaha menyokong perjuangan bangsa Yahudi seperti yang termaktub pada Surah al-Baqarah ayat 120.

Katanya, sememangnya bangsa Yahudi tidak akan berhenti memusuhi umat Islam selagi umat tersebut tidak tunduk kepada ajaran dan telunjuk mereka, justeru umat Islam jangan sekali-kali merendahkan diri pada mereka dan mengikut kemahuan kaum berkenaan.

“Pendirian Anwar itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, Anwar perlu bertaubat dengan kembali ke pangkal jalan kerana menagih sokongan masyarakat Yahudi.

“Alhamdulillah, sejak dahulu lagi, polisi negara kita sentiasa kukuh dalam menyokong gerakan pembebasan Palestin dan kita percaya tindakan meminta sokongan musuh adalah tidak betul dan bertentangan dengan agama Islam.

“Saya juga akan berdoa kepada Allah agar Anwar terbuka hati menerima hidayah serta menyedari perbuatan beliau adalah salah dan memperbetulkan langkahnya demi kesucian Islam sejagat,” kata beliau.

 

http://www.utusan.com.my/

7 responses to “Pendirian Anwar ancam negara – Ust Ismail Mina & Dr Maamor

  1. Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  2. jgn dok baca utusan pastu bambu anwar berdegar2 ustaz oiiii…

  3. habis tu hang dok baca akbar keadilan hari2 tak sama ke. ada akal fikir

  4. tak paya nak buruk buruk kan anuwar rakyat yang menentukan siapa yang harus memerintah,makamah ari tu telah membebaskan anuwar ini bererti dia tak bersalah jadi mengapah pihak pemerintah harus gelabah kalau berani ayuh bubar lah kabenet baru lah ok.

  5. memang anwar cakap tentang israel memang salah,saya pun tak terima.
    Juga yang paling saya tak terima adalah:kerajaan malaysia mengadakan hubungan perdagangan dengan israel,ini yang paling salah dari anwar.
    Sebenar nya semua sama je..he he he jangan marah, mang betul pun.

  6. kenapa kita orang melayu suka memburuk burukan orang lain?
    Apa alquran mengajar ummat nya memfitnah orang lain? Tentuk tidak kan? Jadi kepada semua,bertaubat lah,pangkat dan kedudukan yang andak kejar,hanyak sementara sahaja.
    Bila,kapan,ajal akan menjemput mu.
    Bertaubat lah seblum makul maut datang menjemput mu.

  7. kalau kenyataan anwar mengancam negara,kerajaan malaysia lebih bahaya dari pada anwar,nak tahu kenapa? Kerajaan malaysia mengadakan hubungan perdagangan dengan israel.apa itu bukan ancaman pd negara. Jangan kita asyik salahan anwar je..kesalahan sendiri tak nampak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s