Kes NFCorp: Salleh Ismail didakwa pecah amanah RM49.7j

12/03/2012 4:58pm
Oleh SITI NOORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta milik syarikat tersebut.

Tertuduh didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai 2 unit kondominium, manakala sebanyak RM40 juta dengan memindahkan ke dalam akaun syarikat milik keluarganya, National Meat Livestock Corporation Sdn. Bhd.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan mengikut Akta Syarikat 2001 iaitu melakukan kedua-dua perbuatan tersebut tanpa kebenaran mesyuarat agung NFCorp.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan jaminan RM500,000 bagi kesemua pertuduhan dan memutuskan 13 April ini sebagai tarikh sebutan kes. – UTUSAN

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s