Sokongan besar-besaran buat Bashar Al-Assad

SEJUMLAH besar penduduk berhimpun untuk menunjukkan sokongan ke atas Presiden Bashar Al-Assad di Damsyik semalam.

DAMSYIK – Orang ramai berhimpun di bandar-bandar di seluruh Syria semalam untuk menyatakan sokongan terhadap Presiden Bashar Al-Assad supaya dunia mendengar suara rakyat Syria di sini.

Televisyen rasmi negara berkenaan menunjukkan puluhan ribu orang melambaikan bendera Syria dan potret Bashar di beberapa dataran di sini, bandar Aleppo di utara Syria, Latakia di pesisiran Mediterranean, Suweida di selatan dan Hasaka di timur laut Syria.

“Kami tidak takut untuk mati. Kami bersedia untuk berkorban demi tanah air, Syria,” kata para penunjuk perasaan tersebut.

“Hidup pihak tentera,” jerit mereka.

Semua bandar itu tidak terjejas dalam operasi tentera Bashar untuk memerangi penentangan yang tercetus pada 15 Mac tahun lalu.

Penentangan tersebut meragut 8,500 nyawa rakyat negara itu setakat ini.

“Selepas setahun Syria berdepan tekanan, kami mahu dunia mendengar suara kami: Jangan ganggu keamanan di Syria,” kata seorang wanita pada perhimpunan tersebut.

Menurut agensi berita rasmi SANA, berjuta-juta orang berhimpun untuk memberitahu dunia bahawa rakyat Syria memilih kestabilan dan penyatuan nasional serta bebas daripada gangguan dan arahan asing.

Pihak berkuasa yang menyalahkan kumpulan-kumpulan pengganas mendalangi penentangan tersebut mengumumkan satu perarakan global demi Syria diadakan bagi membalas demonstrasi anti-Bashar yang dianjurkan oleh pihak penentang di seluruh dunia. – AFP

http://www.kosmo.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s