Nadzmi Salleh Letak Jawatan CEO Proton

“Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah Proton dan jawatan-jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma-terma SSPA itu,” kata Proton.  

Nadzmi, 57, yang dicalonkan oleh Khazanah, telah dilantik sebagai Pengerusi Proton pada 1 Jan, 2009 dan juga sebagai pengerusi lembaga pengarah anak-anak syarikat dalam kumpulan syarikat Proton.

Sebelum ini beliau berkhidmat dengan syarikat kereta nasional itu sebagai Pengarah Urusannya dari 1993 hingga 1996.

Pada 16 Jan, DRB-Hicom menandatangani SSPA dengan Khazanah untuk membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar Proton dengan harga RM1.291  bilion.

Sebelum perjanjian itu, Nadzmi telah membayangkan hasratnya untuk membeli kepentingan milik cabang pelaburan kerajaan itu dalam Proton. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s