Jangan pindah milik tanah rizab Melayu – Sultan Selangor

19/03/2012 1:24pm

 

SHAH ALAM 19 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, tanah rizab Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.

“Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

“Justeru, beta percaya Menteri Besar, kerajaan negeri dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah agar sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu bagi memastikan tidak ada (tanah rizab) yang bertukar status,” tegas baginda.

Baginda bertitah demikian pada perasmian pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-12 di sini hari ini. – UTUSAN

 

http://www.utusan.com.my/

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s