Pemergian Mazlan satu kehilangan kepada dunia kewartawanan – PM

23/03/2012 10:25am

 

PETALING JAYA 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan.

Beliau berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh kerajaan dan rakyat.

“Minat Allahyarham dalam bidang penulisan (terlalu mendalam) saya difahamkan dalam saat-saat akhir beliau masih menulis.

“Ini menunjukkan semangat beliau untuk menulis dan membuat karya tidak pernah padam walaupun dalam masa persaraan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham Mazlan di rumah anak perempuannya di Seksyen 16 di sini malam tadi.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh dalam zaman ayahanda saya, bagi pihak diri saya, ia merupakan satu kehilangan peribadi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 10 pagi ini. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s