Saman Shahrizat: Rafizi buat tuntutan balas

30 Mac 2012

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli membuat tuntutan balas terhadap saman RM100 juta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Mohd Rafizi mengemukakan tuntutan balasnya itu pada 8 Mac lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan mendakwa Shahrizat melancarkan serangan peribadi dan berdendam terhadapnya semasa berucap di perhimpunan Agung Wanita UMNO pada 30 November tahun lepas.

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kata-kata Shahrizat itu telah diterbitkan semula dalam laman web, media cetak dan ‘online’ yang membawa maksud Mohd Rafizi tidak jujur, tidak setia, penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa dan agama.

Antara yang dituntut Mohd Rafizi ialah gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera yang mendengar tuntutan itu hari ini, menetapkan 12 April untuk pengurusan kes.

Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Mohd Rafizi dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin, berhubung kenyataan yang didakwa memfitnahnya (Shahrizat).

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Ketua Wanita Umno itu juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadapnya berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) atau syarikat-syarikat bersekutu.

Shahrizat mendakwa kedua-dua defendan secara bersistem dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk “serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif” dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadapnya.

Shahrizat diwakili peguam Nurul Nabila Zamri manakala Mohd Rafizi, peguam Ranjit Singh, dan Zuraida pula diwakili oleh S. Ravindran.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/

Advertisements

One response to “Saman Shahrizat: Rafizi buat tuntutan balas

  1. walau pun negara ini aman, kita tak di jajah lagi oleh jepun dan british, tapi penjajahan baru adalah, penjajahan bahasa.
    Bahasa melayu di jajah oleh bahasa ingris dan mandrin,
    akhlak bangsa melayu dijajah,oleh siapa? Oleh barat,sebap apa? Sebap kebodohan dan kejahilan tentang agama,kelalaian kita,yang suka ikut barat.
    Cakap mesti dalam bahasa ingris,kalau tak cakap dalam bahasa ingris,awak ketinggalan kata nya. Kalau berpakaian harus ikut barat,fesyen kata nya.
    Dalam pemerhatian saya,kebanyakan kita kurang akal.
    Kenapa saya cakap macam tu?
    Sebab suka ikut cara orang barat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s