Kebebasan bersuara tertakluk – Presiden FAM

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

 

Sultan Ahmad Shah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia

 

KUANTAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bertitah, kebebasan bersuara dalam sesebuah organisasi termasuk dalam persatuan itu adalah tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan.

Baginda yang juga Sultan Pahang bertitah, seperti mana di negara ini, semua rakyat mempunyai hak untuk bersuara namun pada masa sama terdapat had yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, perkara ini (kebebasan bersuara) bukan berkaitan Tan Sri Annuar Musa (Timbalan Presiden FAM) sahaja tetapi semua rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita bebas bersuara tetapi ada hadnya dan perlu mengikut Perlembagaan, tidak boleh buat sesuka hati saja,” titah baginda kepada pemberita selepas berangkat ke majlis Santapan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Pahang di sini, semalam.

Baginda mengulas hukuman gantung dua tahun setengah yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas Annuar kelmarin.

Hukuman itu diputuskan selepas Annuar didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco), 4 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, hukuman tersebut berkuat kuasa serta merta dan Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mana beliau adalah Presiden.

Ketika ditanya mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda tidak mengetahuinya kerana tidak berada di dalam negara sewaktu keputusan diputuskan.

“Saya tidak tahu (hukuman) itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya dan waktu itu, saya berada di Singapura,” titah baginda.

http://www.utusan.com.my/

One response to “Kebebasan bersuara tertakluk – Presiden FAM

  1. kenapa orang bersuara pun mau ada permit ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s