BTN turun padang ke seluruh negara

08/04/2012 12:34pm

KUALA TERENGGANU 8 April – Biro Tata Negara (BTN) kini menggerakkan program turun padang ke segenap pelusuk negara secara meluas dan berterusan bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai segala dasar kerajaan dalam usaha mencapai status negara maju.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, bagi tujuan itu, kira-kira 200 pegawai BTN yang terlatih, selain dibantu wakil-wakil agensi awam, swasta dan badan-badan tertentu menggunakan pelbagai saluran.

Beliau memberitahu, langkah itu dibuat agar segenap lapisan masyarakat sehingga peringkat akar umbi benar-benar memahami setiap gagasan yang sedang diterjemahkan oleh kerajaan dalam bentuk pelaksanaan.

“Antara gagasan itu adalah seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mungkin masih belum difahami secara jelas oleh kebnayakan anggota masyarakat,” katanya selepas majlis perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-35 Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dekat sini semalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s