MB: S’gor tetap jual tanah untuk bantu Unisel

  • Ahmad Fadli KC
  • 7:30PM Jun 12 2012

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor akan meneruskan cadangan menggunakan wang RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Universiti Selangor (Unisel).

NONEKhalid membuat pengumuman itu sewaktu mengesahkan kenyataan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan cadangan menggunakan wang itu untuk merintis program pendidikan percuma di Selangor.

“Saya akan buat beberapa pengumuman tentang perkembangan Unisel tidak lama lagi kerana kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Unisel tidak lama lagi,” kata Khalid.

Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini mendedahkan, permohonan siswa baru Unisel bagi mendapatkan pinjaman melalui PTPTN telah dibekukan.

Ekoran itu, kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mengapungkan hartanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu membiayai mahasiswanya.

Pembekuan itu bagaimanapun ditarik balik pada 8 Jun ekoran surat arahan daripada pejabat menteri berkaitan.

Malaysiakini

One response to “MB: S’gor tetap jual tanah untuk bantu Unisel

  1. Malaikat Maut

    Dia jual tanah – Anuar jual JuBur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s