Saya tak takut pembangkang – Dr. M

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau tidak bimbang jika pembangkang menguasai pentadbiran negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun, menurut bekas Perdana Menteri itu, apa yang menjadi kebimbangannya adalah beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

”Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan telah berkata bahawa saya bekerja keras untuk memastikan pembangkang tidak akan menang kerana amat takut apabila itu berlaku, mereka akan bertindak terhadap semua ‘salah laku’ saya ketika menjadi Perdana Menteri.

”Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang telah ditunjukkan oleh seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang menggunakan seorang pegawai kanan polis untuk menakutkan Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Ummi kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya, http://chedet.cc di sini hari ini.

Kit Siang baru-baru ini mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri keempat itu khuatir jika pembangkang mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya bakal didedahkan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita berkata, dakwaan tersebut dibuat ekoran tindakan Dr. Mahathir yang akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.

Jelas Dr. Mahathir, beliau selalu berhati-hati untuk tidak menyalah guna kuasa yang ada sebagai Perdana Menteri dan turut berwaspada untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

”Jika saya salah guna kuasa, pengkritik akan sangat teruja dan mendedahkan serta memastikan saya disumbat di dalam penjara,” tegasnya.

Beliau berkata, sejak bersara, beliau telah beberapa kali disoal siasat oleh polis dan pejabat Peguam Negara.

”Pihak anti rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kini boleh siasat sama ada saya pernah menerima wang suapan atau sama ada pernah mendapat faedah peribadi daripada mana-mana projek yang dijalankan semasa menjadi Perdana Menteri,” katanya.

”Saya tidak mengambil apa-apa yang bukan milik. Malah, saya sendiri tidak membenarkan anak-anak menjalankan perniagaan dengan kerajaan atau menjadi calon pilihan raya. Hanya selepas saya melepaskan jawatan, saya membenarkan Mukhriz (Datuk Mukhriz Mahathir) bertanding,” tegasnya.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s