Pendahuluan

Membaca berita sangat penting zaman ini kerana maklumat sangat pantas dapat dicapai dengan menekan jari sahaja. Dunia sudah dianggap berada di hujung jari kerana semua dapat diperolehi melaluinya. Di samping memaparkan berita, saya juga membuka peluang seluas-luasnya memberi komen, pendapat, cadangan dan kritikan berkaitan berita dan isu yang dipaparkan.

Ia boleh menjadi medan semua penyokong mana mana parti untuk membaca maklumat arus perdana atau sebaliknya serta berbincang dengan telus tanpa ada sebarang sensor atau tapisan oleh pengendali.

Ini juga adalah usaha kecil saya menampilkan artikel dan gambar menarik dari akhbar pilihan terkini dan sensasi dari semua sumber yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Tambahan gambar juga dibuat untuk menghidupkan lagi artikel yang diposting di sini bagi menarik minat pembaca..

Hanya topik menarik dan sesuai sahaja diletakkan dalam posting di sini bagi membolehkan kita berbincang sesama kita warga Malaysia apa jua berita atau situasi yang berlaku di negara ini….

Dengan memastikan blog ini tidak dicemari dengan gambar tidak senonoh dan menampakkan aurat serta bahan berita yang tidak berfaedah bagi orang beriman seperti gosip dan fitnah dan sebagainya, ia diharap dapat menapis bahan larangan agama dari menjadi sarapan harian kita tiap kali membuka mata menatap berita yang disiarkan.

Kerana Sabda Nabi s.a.w :

” Dari keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.”

Saya juga memberi jaminan Demi Allah ! TIDAK AKAN membuang walau satu patah perkataan dari komen yang anda berikan…

Namun diharap ia tidaklah menimbulkan sebarang unsur lucah, provokasi, menfitnah dan sebagainya yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia….

Justeru harapan semoga BERITA MALAYSIA KINI dengan motto ‘ pilihan terbaik setiap detik ‘ akan dapat direalisasikan dengan jayanya dalam menjadi perantara antara pembaca dan sumber berita.

Selamat membaca dan memikirkan yang tersirat di sebaliknya !!!

Penulis _ Cyber

Email saya : penulisalamcyber@gmail.com

Anda juga boleh komen dalam ruang komentar bawah ini untuk memberi pendapat dan kritikan !

Advertisements

One response to “Pendahuluan

  1. harap boleh meletakkan blog saya http://hatiminda.blogspot.com di dlm blog tuan utk merancakkan lagi dunia blogers pembela negara..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s