Tag Archives: HJ HADI

Kes umat Islam, hanya Mahkamah Syariah beri keadilan – Presiden – Harakahdaily

Presiden PAS dibenarkan pulang dari rawatan HKT – harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh)- Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang ke rumah pada jam 5.15 petang semalam setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama hampir enam hari.

Image Beliau dimasukkan ke HSNZ setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit ‘minor stroke’ (angin ahmar) dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Anaknya, Muhammad Khalil, 31, berkata Tuan Guru dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan sihat.

Katanya, dua doktor pakar telah mengesahkan mutu kesihatan Presiden PAS itu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Ayah saya dibenarkan pulang dan kami ahli keluarga sangat gembira dan berpuas hati dengan rawatan yang diterima di hospital selama hampir enam hari itu.

“Dua doktor pakar yang memeriksa ayah membenarkan dia pulang untuk berehat di rumah,” jelasnya kepada Harakah, semalam.

Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat buat seketika waktu ini.

Image Harakah diberitahu, sebelum keluar hospital, Dato’ Seri Abdul Hadi turut menerima kunjungan Kerabat diRaja, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim pada jam 3.00 petang.

Selama tempoh beliau berada di hospital tersebut pelbagai pihak datang melawat serta menziarahinya termasuk pimpinan PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Umno.

Sehubungan itu, Harakah dimaklumkan Presiden PAS dijangka akan mengadakan sidang media pertama hari ini di kediamannya setelah enam hari menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu. – mr

‘Lambat laun negara Islam diterima’ – Malaysiakini

‘Lambat laun negara Islam diterima’
Apr 15, 08 1:12pm
PAS yakin lambat laun Pakatan Rakyat boleh menerima ideologi parti itu untuk melaksanakan pentadbiran Islam sepenuhnya, kata mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105Bercakap kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, menteri besar Kelantan berkata Pakatan memerlukan masa untuk menerima pendirian PAS kerana Islam telah lama membeku di Malaysia sewaktu zaman penjajahan.

Sebab itu, tambahnya dalam Sin Chew Daily baru-baru ini, beliau menggesa pemimpin-pemimpin DAP melawat negeri itu dan meninjau sendiri layanan PAS terhadap masyarakat bukan Islam.

Pandangannya dalam wawancara itu diterbitkan kembali dalam The Sun hari ini.

Semalam gabungan tiga parti pembangkang itu sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa ia komited dengan perjuangan bersama untuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada batasan kaum, agama dan budaya selaras dengan hak asasi manusia sejagat.

pas pkr dap pc barisan rakyat coalition 010408 05“Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma.

“Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuangkan ideologi persendirian atau parti masing-masing,” kata tiga pemimpin utama pembangkang dalam satu kenyataan.

“Walaupun ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari pada yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang menegaskan “semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama.”

ong ka ting 040108MCA semalam berkata ia tidak akan menerima penubuhan negara Islam yang disuarakan oleh PAS kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting berkata semua peringkat pemimpin parti Islam itu menyatakan hasrat untuk membentuk negara Islam jika mereka berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan.

Beliau kemudian menyeru semula parti politik dan pertubuhan agar bersama-sama menghalang PAS daripada membangunkan hasratnya itu.

“Sebarang organisasi atau parti yang bekerjasama dengan PAS hanya akan membantu PAS menjayakan agendanya mendirikan negara Islam,” tambahnya, dipercayai mengulas kenyataan Pakatan Rakyat pada Sabtu bahawa gabungan tiga parti pembangkang itu tidak akan menjayakan agenda peribadi parti masing-masing yang berlainan ideologi itu.

Abdul Hadi semakin beransur pulih

GAMBAR terbaru Abdul Hadi di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 61, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat serangan penyakit angin ahmar ringan awal pagi kelmarin kini beransur pulih.

Beliau ketika ditemui di Wad Bunga Raya HSNZ semalam berkata, beliau sudah sihat dan doktor menyuruhnya supaya banyak berehat.

“Saya Okey!,” jawab Abdul Hadi yang kelihatan sihat dan ceria serta mampu melayan tetamu yang datang melawatnya.

Ditanya bila beliau akan dibenarkan keluar dari HSNZ, Abdul Hadi berkata beliau sendiri tidak tahu kerana masih memerlukan rawatan.

Kosmo! semalam melaporkan Ahli Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang itu terkena serangan tersebut ketika bangun bersahur bagi menunaikan puasa sunat pukul 5 pagi kelmarin.

Keadaan Kesihatan Abdul Hadi Bertambah Baik

11 April, 2008 20:28 PM

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) — Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diserang angin ahmar ringan, kini bertambah baik dan beliau dijangka keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dalam tempoh terdekat.

Anak sulung kepada anggota Parlimen Marang dan anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu, Muhammad Khalil, 31, berkata doktor memaklumkan bahawa bapanya kini perlu banyak berehat.

“Saya pun tidak pasti bila bapa boleh pulang…saya hanya diberitahu (Abdul Hadi boleh keluar) dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di hospital itu petang ini.

Abdul Hadi, 61, dimasukkan ke HSNZ kira-kira 7.30 pagi semalam, akibat diserang penyakit itu pada kira-kira pukul 5 pagi ketika bangun bersahur untuk puasa sunat.

Sementara itu, Abdul Hadi yang ditemui di wadnya berkata: “Saya okay…cuma perlu banyak berehat”.

Beliau kelihatan ceria apabila menerima kunjungan ahli-ahli politik dan orang ramai.

Antara kenamaan yang melawat beliau ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketika ditemui pemberita, Anwar yang melawat Abdul Hadi hampir 40 minit, berkata keadaan kesihatan pemimpin utama PAS itu semakin baik dan beliau sempat berjenaka.

— BERNAMA


Presiden PAS diserang angin ahmar ringan

Oleh Bernama
Khamis, 10 April 2008
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) di sini pagi ini akibat diserang angin ahmar ringan selepas menunaikan solat subuh di rumahnya di Rusila.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali berkata, Abdul Hadi, 61, yang mengadu merasa kebas di bahagian dagunya telah dibawa oleh anggota keluarganya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Beliau diserang penyakit angin ahmar yang sangat ringan. Semasa saya melawat beliau di HSNZ jam 9 pagi tadi, beliau kelihatan sihat, dapat berbual, malah boleh berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya buat masa ini presiden PAS itu diletakkan dalam pemerhatian doktor dan dijangka dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat Abdul Hadi di HSNZ pada kira-kira 8.45 pagi ini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk urusan kerja.

Katanya, beliau dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Presiden PAS itu ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Beliau boleh bercakap macam biasa, angin ahmar yang ringan sahaja. Saya nasihatkan supaya beliau banyak berehat, ” katanya ketika dihubungi.

Hadi Tidak Tolak Kemungkinan Pakatan Rakyat Ambil Alih Kerajaan Pusat Lebih Cepat

Bernama Berita Utara


April 08, 2008 21:01 PM

PULAU PINANG, 8 April (Bernama) — Presiden PAS Datuk Seri hari ini mengakui pakatan pembangkang sedang memujuk anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang bagi mendirikan kerajaan pusat tetapi beliau mahu usaha itu bebas daripada unsur rasuah atau penggunaan wang.

“Kita harap tidak ada beli atau rasuah tetapi (anggota Parlimen) BN menyertai kita,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di pejabatnya di sini.

Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS memenangi 82 daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen BN menyertai pakatan mereka untuk memperoleh majoriti mudah. BN memenangi 140 kerusi.

Ditanya bilakah usaha mereka itu akan berhasil, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat menyatakan berapa lama masa yang akan diambil.

“Mungkin cepat daripada tempoh enam bulan, mungkin lama lagi.

Kita atur tapi Tuhan menentukan,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang dilaporkan berkata pakatan tersebut dijangka dapat mengambil alih kerajaan pusat dalam tempoh lima hingga enam bulan lagi.

— BERNAMA

BN cuba mainkan isu perkauman – Guan Eng

malaysia today
Posted by Raja Petra
Tuesday, 08 April 2008
(Harakah) – Pertemuan antara Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.

ImageKetua Menteri ketika bercakap pada pemberita dalam sidang media bersama Presiden PAS menegaskan, isu perkauman sengaja dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan parti-parti khususnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS.

“Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan dan petroleum, ” ujarnya.

Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan ‘Majlis Silatulrahim Antara Agama’ bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik untuk melahirkan pendekatan antara kaum.

Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju.

ImageSementara itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan Islam mengundi PAS.

Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh.

“Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang membanggakan, ” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh.

Pengamal media perlu lebih terbuka bantu Pakatan Rakyat

HARAKH DAILY

Mohd Sabri Said
Tue | Apr 08, 08 | 10:38:58 am MYT
TASEK GELUGOR, 8 April (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan para pengamal media negara ini supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat sebaliknya membantu merealisasikan sebagai sebuah pakatan baru untuk memimpin negara ini ke arah lebih telus, efisen dan cemerlang.

ImagePakatan ini juga akan menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah rapuh serta reput seperti dimakan anai-anai.

“Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai, ” jelasnya ketika berucap dalam majlis ‘Pidato Perdana’ anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam.

Sejak mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu BN dilihat tidak mampu lagi mentadbir negara ini ekoran kemelut dalaman parti dan tidak konsisten barisan kabinet yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ada kalangan yang dilantik bertindak meletakkan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.

Natijahnya kata beliau, barisan kabinet yang wujud merupakan kabinet rapuh dan boleh tumbang bila-bila masa sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat muncul memerintah negara.

“Pakatan Rakyat mahukan keutuhan jalinan antara parti yang menganggotainya agar negara ini dapat diselamatkan daripada cemuhan rakyat dan pandangan negara luar yang selama ini beranggapan Malaysia bersih daripada anasir korupsi,” tambahnya di hadapan ribuan hadirin.

Kata beliau, PAS khususnya akan lebih berhati-hati dalam Pakatan Rakyat kerana tidak mahu pengalaman lalu berulang yang akhirnya BN ketawa besar kerana dapat memerintah dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-11.

ImageBegitu juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) diharap dapat memupuk jalinan yang padu kerana kesepakatan BN sehingga kini masih tidak berupaya mencari titik pertemuan punca sebenar kekalahan mereka.

“Umno dalam BN sering menyalahkan parti lain. Terbaru Umno sedang rancak cari orang yang berpaling tadah atau gunting dalam lipatan. Buatlah formula apapun seperti memohon veteran Umno bersatu memastikan Umno seimbang kembali ia tidak akan berjaya kerana rakyat benar-benar menggunakan kuasa yang ada menghukum kerajaan yang zalim dan membiarkan rasuah berleluasa, ” terangnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Jelas Abdul Hadi lagi, jika Umno mahu selamat mereka perlu buat perubahan drastik iaitu menghapuskan sistem kroni, rasuah politik, memulihkan sistem kehakiman, kepolisan, membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan menghapuskan Akta Univesiti (Auku) atau mesin cetak untuk kelonggaran akhbar menyampaikan maklumat sebenar.

Sebelum itu dalam program yang sama Abdul Hadi menerima 200 borang keahlian PAS yang baru daripada PAS Kawasan Tanjung dan Cawangan Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor.

Berceramah sama dalam program itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Haji Malek Kasim; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. – mks.