Anwar tempelak PM ‘kongkalikong’ – Malaysiakini

 
Feb 2, 09 11:51am
PKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai “tidak bermoral.”

“Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut,” kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang juga menyifatkan kehilangan beberapa hari dua wakil rakyatnya itu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu dalam usaha menyertai BN sebagai “menggerunkan” kerana penggerak utamanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu?

“Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tersebut,” kata Anwar lagi di blognya sebentar tadi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.

“Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai,” katanya.

Anwar berkata beliau telah menjangka “tindakan lebih ganas” oleh pimpinan Umno terhadap Pakatan Rakyat dalam ucapannya di Terengganu menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut pertengahan bulan ini.

“Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bezakan dengan pendirian Nasha di Bota!” katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/97391

5 responses to “Anwar tempelak PM ‘kongkalikong’ – Malaysiakini

  1. iraman Hj Karim

    Katak si katak lompat ini dulunya famous di negeri dibawah bayu. Tetapi kini telah menjalar ke Semananjung Malaysia. Oleh kerana ianya mainan politik maka samada ianya tindakan bermoral maupun tidak, bukan lagi menjadi ukuran samada pembangkang maupun bukan. Yang menjadi keutamaan kepada mereka ialah kekuasaan yang harus dimiliki pada setiap ketika. Yang lain samada malaikat hendak pukul mereka dengan tukulkah, dengan besi panaskah? dengan rantai basikalkah?…itu sudah mati punya tahu. Sekarang ketika dialam fana ini, mereka guna semua cara, halal atau sebaliknya. Ketika Nasaruddin melompat bukan punya suka Nizar dan bersetuju dengan tindakan tersebut. Tetapi bila dua Adun PKR menghilang diri, bermacam kutukan yang keluar dari mulut Nizar. Apa dah jadi. Hari ini puji, besok keji. Itu PASkah? Hayyyaaa.

  2. dua kali lima jawapannye ???? Dolah dan anwar kaki kelentong

  3. Pok Nik Klate

    Samada Anwar bodoh sangat atau MB Nizar bangang terlampau….? Pilih lah mana satu atau kedua2nya sekali.

  4. Apa dah jadi dengan melayu islam Malaysia? Ya Allah…kau tunjukkanlah…siapa yang benar dan siapa yang salah

  5. Sultan Perak telah dipengaruhi oleh mereka yang tamakkan kuasa. Sepatutnya Sultan menitahkan Speaker dewan undangan negeri Perak untuk mengadakan sidang khas untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku. Dalam sidang tersebut boleh lah dikemukakan usul undi tidak percaya kepada MB. Jika sekiranya majoriti ahli dewan meyokong maka barulah Sultan menitahkan MB dan EXCO2 untuk meletak jawatan secara terhormat bukannya dengan membuat keputusan Menitahkan MB meletak jawatan apabila Najib dan kuncu2nya membawa ahli2 dewan dari BN dan 3 ahli yg dikatakan BEBAS untuk membuat pegakuan diluar dewan (iaitu di Istana).Pengakuan diluar dewan (didepan Najib) mungkin dilakukan secara dipaksa ataupun menerima ugutan biarpun ianya kelihatan atau mahu dilihat sebagai sukarela. Sepatutnya Baginda Sultan Perak tidak perlu terburu buru membuat keputusan.ianya seolah-olah menunjukkan baginda Tuanku Sultan memihak dan tidak berlaku adil.Baginda juga teleh dilihat telah bertindak dengan mengikut telunjuk Najib yang dikatakan bakal menggantikan Pak Lah sebagai PM .Intergiti Baginda Sultan Perak yang diketahu memiliki kelulusan dalam bidang perundangan dan juga pengalaman yang luas dalam institusi
    kehakiman telah terjejas berikutan dengan tindakan perundangan yg disabitkan dengan beliau. Masyarakat antarabangsa pasti akan meragui sistem perundangan di Malaysia yang dikatakan dalam proses reformasi.

Tinggalkan komen