10 Isu Dibincang Lawatan Sulung TPM @Zahid_Hamidi Ke India

NEW DELHI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu berkaitan ekonomi, pelancongan, pendidikan, tenaga kerja dan teknologi ketenteraan adalah antara 10 perkara yang akan dibincangkan bersama para pemimpin India dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke negara ini.
Ahmad Zahid berkata lawatan sulung beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke India yang bermula pada Ahad, menzahirkan komitmen serta hubungan diplomatik yang akrab antara Malaysia dan India yang terjalin sejak 1957.
“Lawatan ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik kita, tetapi turut melibatkan hubungan kerajaan dengan kerajaan, perniagaan dengan perniagaan dan rakyat dengan rakyat kedua-dua negara. Dari segi diplomasi, ia menunjukkan betapa seriusnya kita untuk mewujudkan situasi menang-menang dalam kedua-dua cara.
“Kedua-dua negara akan turut merayakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun depan. Kebetulan pula, India akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India ke-25 tahun depan,” katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut berkaitan pelancongan, Ahmad Zahid berkata memandangkan Malaysia menerima kedatangan lebih 700,000 pelancong India setahun, Malaysia akan mempermudahkan pelaksanaan dan proses permohonan menerusi sistem e-visa yang akan dilancarkan secara rasmi di sini semasa lawatan beliau sejak sistem itu diperkenalkan di Malaysia pada April lepas.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia memperkenalkan ‘Electronic Travel Authorization Visa’ (e-visa) bagi lawatan singkat ke Malaysia dan ia sah bagi perjalanan sehala dengan tempoh tinggal maksimum 30 hari di Malaysia bagi tujuan pelancongan.
Berhubung tenaga kerja, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan menerima permohonan daripada peserta industri untuk meningkatkan jumlah pekerja terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pengeluaran.
“Isu ini sensitif. Justeru, lebih baik untuk kita memperincikannya sebelum kita mencapai serta memuktamadkan sebarang keputusan,” katanya, dan menambah, pada masa ini, terdapat 130,000 tenaga kerja India termasuk kalangan ekspatriat di Malaysia.
Menyentuh tentang sektor perdagangan, Ahmad Zahid berkata India adalah rakan dagang Malaysia ke-10 terbesar dengan jumlah pelaburan bernilai AS$1.77 bilion (RM5 bilion) melibatkan pelbagai bidang termasuk infrastruktur dan khidmat awam.
Bagi pendidikan pula, Ahmad Zahid berkata ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 5,000 pelajar perubatan dan pergigian Malaysia di India.
Dalam teknologi ketenteraan pula, beliau berkata India menjalin kerjasama dan penyertaan yang kukuh dalam bidang pertahanan dengan Malaysia menerusi siri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) serta Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA).

“Dalam lawatan ini, saya juga akan bertemu Menteri Industri Negeri Telengana yang ingin belajar daripada kita tentang kejayaan pembangunan yang dilaksanakan di Cyberjaya, Putrajaya dan bandar raya besar lain di Malaysia,” katanya.
Lawatan sulung Ahmad Zahid ini dianggap penting dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama dua hala Malaysia-India dalam pelbagai bidang dan isu kepentingan bersama.
Timbalan perdana menteri dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Sri Lanka pada Khamis.
https://t.co/oWSBqNH7w1

TPM Ahmad Zahid Hamidi Sembang Santai Di PDM Bendang Panjang #PRKKualaKangsar

KUALA KANGSAR, 12 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri majlis di PDM Bendang Panjang hari ini.

UMNO Bahagian Bagan Datok merupakan bahagian angkat PDM tersebut.

Projek futsal dan padang bola yang diminta oleh rakyat telah diluluskan serta merta.

Sambutan sangat meriah dengan kehadiran pelbagai kaum.

Anak calon juga turut sama menyertai majlis tersebut dan mendapat tepukan bergemuruh.

Meskipun hujan renyai namun tidak menghalang kehadiran penduduk tempatan memenuhi tempat yang disediakan.

PK44_120616_PDM

Foto BERNAMA

Jepun tawar kepakaran untuk projek kereta api laju Malaysia-Singapura – TPM

Ahad, 15 Mac 2015 @ 4:05 PM

Daripada Rosli Abdul Jalil
roslijalil@bh.com.my

SENDAI: Kerajaan Jepun menawarkan kepakarannya dalam projek kereta api laju menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam pertemuan mereka di sini, semalam.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu selepas menghadiri Persidangan Sedunia Ketiga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Sendai International Centre di sini.

Muhyiddin berkata, Jepun mengetahui hasrat Malaysia untuk melaksanakan projek usaha sama kereta api laju dengan Singapura.

“Saya memaklumkannya bahawa projek itu masih dalam peringkat penelitian Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

“Saya juga maklumkan bahawa projek itu akan diterajui pihak swasta tetapi kedua-dua kerajaan hanya membabitkan isu tanah dan ganti rugi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun di sini.

IMG_7951

Jabatan Audit Negara Mula Audit 1MDB

RM0.UM.10/03: JABATAN Audit Negara telah memulakan proses pengauditan terhadap 1MDB dan akan panggil beberapa pihak bagi lengkapkan laporan.- Ambrin Buang

Utusan Malaysia SMS Alert

Tian Chua, Tamrin and Haris re-arrested, to be charged tomorrow

By LEE SHI-IAN | shiianlee

0 0 Google +0 0 0 comments

KUALA LUMPUR: PKR vice president Tian Chua, PAS member Tamrin Ghafar and NGO leader Haris Ibrahim were re-arrested for investigation under the Sedition Act.

The Magistrate Court here today issued arrest warrants for the trio and two others – social activist Hishamuddin Rais and student activist Safwan Anang.

Deputy city police chief Datuk Amar Singh, in a statement, said that Tamrin, Haris, Safwan and Tian Chua were arrested in various locations around the Klang Valley last night.

“Hishamuddin has not been arrested yet but is expected to be picked up soon as well. Those who have been arrested will be taken to the Kuala Lumpur courts tomorrow,” he said.

All the four who were arrested, were taken to the Dang Wangi police headquarters to facilitate investigations under Section 4(1) of the Sedition Act 1948.

Tamrin, Tian Chua and Haris were arrested for the second time in a week after being picked up for the same offence last Thursday.

However, they were later released the following day when the court declined to issue a remand order.

Many of those arrested had all spoken during a forum on May 13 at the Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall.

Safwan is a classmate of student activist Adam Adli, who was charged at the Kuala Lumpur courts on Thursday for sedition.

Adam, who had also spoken at the forum, was later released on bail.

Read more: Tian Chua, Tamrin and Haris re-arrested, to be charged tomorrow – Latest – New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/tian-chua-tamrin-and-haris-re-arrested-to-be-charged-tomorrow-1.288628?

Siasat status halal makanan AirAsia

 

KUALA LUMPUR 27 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

“Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

“Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan,” kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

“Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu,” tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_07/Siasat-status-halal-makanan-AirAsia#ixzz2UYLxSA34 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiga hari terpaksa ikat perut – Utusan Malaysia

 

MOHD. Fadzuan Suhaimi (dua dari kiri) dipeluk oleh anggota keluarganya di Pangkalan Operasi Maritim Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 27 Mei – Lima pemancing yang dilaporkan hilang semasa memancing di perairan Tumpat sejak Jumaat lalu terpaksa ‘mengikat perut’ menahan lapar selama dua hari dan berkongsi titisan air selepas bekalan minuman yang dibawa mereka semakin kehabisan.

Menceritakan kejadian itu, salah seorang daripada mangsa, Mazlan Mohamad, 43, berkata, mereka terputus bekalan makanan beberapa jam selepas enjin bot fiber yang mereka naiki mati akibat kehabisan minyak.

Katanya, bekalan makanan yang dibawa mereka sebenarnya cukup untuk mengalas perut sahaja kerana mereka tidak bercadang untuk memancing dalam tempoh yang lama.

“Cuaca di tengah laut panas terik, kami seolah-olah berpuasa. Bayangkan bekalan air minum yang kami bawa hanya tinggal lima sentimeter dalam bekas,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali hari ini.

Kelima-lima pemancing itu yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui dalam keadaan lemah oleh nelayan Thailand yang menaiki bot nelayan tempatan di perairan Tok Bali pukul 10 malam tadi.

Mereka ialah Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dan adiknya, Mohd. Firdaus, 18, dari Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh; Mohd. Osman Mohamad, 36, dari Kampung Morak, Tumpat; Mazlan Mohamad, 44, dari Wakaf Che Yeh, dan pemandu bot, Mohd. Masdi Che Hassan, 39, dari Kampung Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Mazlan berkata, usaha untuk berlabuh bagi mengekalkan kedudukan mereka dari dihanyutkan arus tidak dapat diteruskan apabila terpaksa menghadapi gelombang laut yang membadai dan ribut kencang pada waktu malam.

“Kami bertolak pukul 2 pagi Jumaat lalu. Pagi itu kami menjelajah dari satu unjam ke satu unjam kerana terlalu seronok apabila mendapat ikan yang banyak.

“Kami merancang kembali ke pangkalan di Tumpat pada pukul 12 tengah hari dan sempat menunaikan solat Jumaat di daratan.

“Disebabkan ghairah untuk memancing kami tidak sedar bekalan minyak yang digunakan tidak mencukupi untuk perjalanan pulang,” katanya yang berasal dari Wakaf Che Yeh Kota Bharu.

Menurutnya, jarak untuk kembali ke jeti lebih kurang lima kilometer namun disebabkan kehabisan minyak mereka terpaksa menunggu bot lain yang mungkin melintasi laluan berkenaan.

“Malangnya, kebanyakan bot yang melintasi bot kami tidak berhenti walaupun pelbagai isyarat dan laungan kami telah lakukan,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Fadzuan Suhaimi, 25, dari Kampung Dalam Rhu berkata, mereka turut berusaha membina layar namun tidak berjaya.

“Mujurlah malam tadi dengan tenaga yang kurang dan badan yang semakin lemah kami bernasib baik bertemu dengan awak-awak Thailand yang mengusahakan bot tempatan.

“Kami hanya menggunakan bahasa isyarat dengan tangan dan memek muka menyatakan hanyut di laut dan tidak makan selama dua hari.

“Kami dijanjikan untuk dihantar pulang ke jeti di Tumpat namun kami dirundung malang sekali lagi kerana bot nelayan itu mengalami kerosakan enjin.

“Kami terpaksa melakukan ikhtiar yang lain termasuk memanjat kabin bot dan mencari tempat yang tinggi sehingga telefon bimbit yang dibawa berjaya digunakan untuk menghubungi pasukan penyelamat dan anggota keluarga masing-masing,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_09/Tiga-hari-terpaksa-ikat-perut#ixzz2UYHYsEB7 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tun Daim Ramal BN Menang Besar PRU13

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu. – Mynewshub

IBU CATRIONA ROSS ANTARA TIGA MAUT KEMALANGAN

 

13/02/2013 6:51pm

 

IPOH – Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di KM 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, awal hari ini.

Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum berkata, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.

“Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke arah Gerik.

Kesemua 29 penumpang bas tidak cedera, katanya. – BERNAMA  

 

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2KniWg9Cy

Hakcipta terpelihara

Gereja bukan tempat politik : Bishop Gereja Lutheran Evangelical

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
pengarang@utusan.com.my

Dr. Thomas Phillips

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.

“Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121007/po_01/Gereja-bukan-tempat-politik#ixzz28g33AIFW
© Utusan Melayu (M) Bhd