Pakatan pembangkang setuju Anwar jadi PM – Utusan

TUMPAT 19 Julai – Pakatan pembangkang bersetuju untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kesemua pemimpin pakatan pembangkang memberikan persetujuan tersebut selepas melihat reformasi yang dilakukan oleh Anwar hampir mencapai kejayaan.

Beliau berkata, Anwar telah menunjukkan sifat kepimpinan dan berjaya mengharungi pelbagai ujian untuk menerajui kebangkitan rakyat.

“Pakatan pembangkang dah bersetuju, kita semua sudah sedia maklum selama ini diperjuangkan dan ditegaskan banyak kali.

“Saya rasa dari segi pakatan semua komited, kepimpinan Pas dan DAP bersetuju penasihat PKR untuk menerajui kerajaan baru nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat gabungan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara sebelum 16 September ini.

Ketika ditanya adakah akan berlaku pilihan raya kecil bagi memberikan peluang kepada Anwar menduduki kerusi Dewan Rakyat, Mohammad Fairus berkata, parti tersebut bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya kecil.

“Kami bersedia untuk berjuang berhabis-habisan pada bila-bila masa untuk menempuh pilihan raya kecil, tetapi kawasan mana untuk beliau bertanding masih diputuskan lagi,” katanya.

Tambahnya, parti tersebut yakin akan dapat memerintah negara pada 16 September ini kerana perubahan yang ditunjukkan amat positif.

4 responses to “Pakatan pembangkang setuju Anwar jadi PM – Utusan

  1. Klu cakap macam ni, tak boleh saman ke?

    Masa beberapa bloggers tulis ura-ura cadangan permuafakatan UMNO-PAS, ada pihak yg nak saman kami.

    Tak apa la…

  2. Pingback: Husam contoh PAS liberal yang kontra dengan Dewan Ulama « Pedang Alif Ba Ta

  3. Aku penat la dok baca macam2 citer. Malam ni nak rilex pi tengok ceramah ezam kat karai. Pastu dengar pulak ceramah Kak Wan kat kota lama kiri jam 1.30ptg. Baru adil kan.

  4. Pastu dengar pulak ceramah Kak Wan kat kota lama kiri jam 1.30ptg. pada 26 julai ni. Baru adil kan.

Tinggalkan komen