Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

28/11/2008 5:30pm

SHAH ALAM 28 Nov. — Polis menegaskan tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka bercadang mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu permohonan permit daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

“Kita tunggu dan lihat permohononan permit bagi mengadakan demonstrasi ini…nak tengok macam bogel mereka nak buat…tak kan lah orang nak memohon semata-mata untuk berbogel.

“Kalau niat mereka semata-mata untuk itu (berbogel di khalayak umum), maka polis tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan daripada mereka… kalau nak bogel, bogellah di bilik rumah sendiri…yang itu boleh,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima alat ujian saringan awal air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah jenis ketamin daripada Persatuan Jaksa Pendamai (JP)Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar baru-baru ini yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan. – Bernama

http://www.utusan.com.my/

1 responses to “Bogel: Polis tidak akan layan permohonan permit

  1. 1. Jika mereka tak dapat berbogel di tempat awam, mereka masih boleh berbogel di dalam rumah mereka. Mereka boleh pilih sama ada hendak separuh bogel atau berbogel penuh.

    2. Tapi saya percaya bukan bogel itu yang mereka maksudkan. Mereka ingin membogelkan Tan Seri Khalid dengan menelanjangkan segala kepincangan di bawah pentadbirannya.

Tinggalkan komen