Category Archives: 1

Ketuanan Melayu gagal, kata Zaid

MALAYSIAKINI

Oct 31, 08 5:05pm

Model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa, kata bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zahid Ibrahim.

Berucap di persidangan LawAsia 2008 di ibunegara hari ini, bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

https://i0.wp.com/www.jeffooi.com/Zaid_Ibrahim.jpgZaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli parti pemeritah – Umno – parti terbesar orang Melayu.

Beliau turut menyentuh cadangan naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang perlunya diadakan forum tertutup antara pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mencapai pendirian bersama dan memperbaharui kesepakatan berasaskan kepada kontrak sosial.

“Ini merupakan satu langkah positif tetapi ia harus merangkumi semua pemimpin politik dan berpremiskan kontrak sosial  yang menjadi asas kemerdekaan,” kata beliau yang sebelum ini menyertai kabinet selepas pilihanraya umum 8 Mac, dengan tugas untuk membawa pembaharuan dalam bidang kehakiman.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan bulan lalu sebagai membantah penahanan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Zaid turut menekankan pentingnya ditingkatkan perbincangan dan dialog supaya rakyat dapat bersuara dan mendengar antara satu sama lain.

Beliau juga turut menegaskan perlunya diwujudkan semula komunikasi dan rasa percaya-mempercayai antara rakyat negara ini. Ucapan penuh

Noor Fadilah bakal jadi jururawat

http://www.sinarharian.com.my/

KUALA LUMPUR – Remaja yang berjaya diselamatkan daripada pemuda Lombok, Noor Fadilah Ahmad 18, bakal mengikuti pengajian dalam jurusan diploma kejururawatan tidak lama lagi.

Keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut berdasarkan minatnya yang mendalam serta dorongan kedua ibu bapanya, Masitah Abdullah, 42, dan Ahmad Abdul Hamid, 46 tahun.

Fadilah telah mengisi dan menyerahkan borang permohonan kemasukan ke Segi College melalui Datuk Abdul Azeez Rahim, Pengarah Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Malaysia Pemuda UMNO di pejabatnya, semalam.

“Saya mahu menggunakan peluang ini untuk berjaya dalam hidup pada masa depan dan melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang permohonan kepada Azeez.

Dia yang kelihatan semakin ceria juga menyatakan tidak sabar-sabar untuk memulakan pengajian di sana.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Abdul Azeez kerana banyak membantu saya khasnya membawa saya pulang dan memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran di Segi College,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, ia adalah satu langkah membantu Fadilah meneruskan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi anak yang berguna kepada kedua orang tuanya.

“Fadilah akan memasuki pengajian pada hujung bulan November depan bagi pengambilan bulan Disember ini.

“Ini merupakan kerjasama antara Pemuda UMNO dan Segi College bagi membantu golongan tertentu untuk mendapatkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Masitah akan mencari penawar bagi memulihkan semangat anaknya itu selain bimbingan dan kaunseling yang diberikan oleh Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Malaysia Pemuda UMNO.

Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Perak telah dilarikan ke Lombok oleh Nasrudin Dahron, 24, pada 3 September lalu sebelum diselamatkan oleh Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Malaysia Pemuda UMNO Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno, 24 – 28 Mac, pelobi diarah usah ‘berkampung’

http://www1.mstar.com.my/

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau tidak mempunyai calon pilihan untuk pertandingan bagi jawatan timbalan presiden parti.

Abdullah berkata, apabila beliau membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam layak bertanding bagi jawatan itu baru-baru ini, beliau hanya menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka itu layak bertanding jawatan berkenaan.

Jelas Abdullah, beliau berkata demikian kerana telah ditanya mengenai kelayakan Mohd Ali bertanding jawatan itu dan bukan bertujuan menyatakan sokongan beliau kepada calon berkenaan.

Apabila ditanya adakah kenyataan itu bermakna beliau tidak mahu perwakilan memberikan undi kepada seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah membuat beberapa kenyataan tentang isu peralihan kuasa Abdullah berkata:

“Tidak, tidak, tidak… itu tidak betul,” katanya sambil menambah bahawa beliau hanya menyatakan apa salah Mohd Ali bertanding dan tidak lebih dari itu.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Mesyuarat hari ini juga menetapkan tarikh perhimpunan akan datang iaitu selama lima hari bermula 24 Mac.

MT ARAH PELOBI JANGAN BERKAMPUNG

Dalam pada itu, Abdullah berkata, MT mengarahkan pelobi, perayu undi dan ejen yang mewakili mana-mana calon bakal bertanding, yang didapati berkampung di beberapa hotel di ibu negara Lumpur atau mana-mana bandar, agar pulang ke kampung masing-masing.

Kegagalan berbuat demikian akan membolehkan mereka diambil tindakan jika kehadiran mereka dikesan oleh pasukan pemantau yang telah pun ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Umno bagi memastikan kempen bagi pemilihan parti tidak dicemari oleh kegiatan yang melanggar peraturan dan tata etika parti.

Kata Abdullah, Ibu Pejabat Umno sudah diberitahu bahawa ramai pelobi dan ejen calon yang berkampung di hotel-hotel besar sama ada di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar lain serta tentang kemungkinan bahawa mereka terlibat dalam kegiatan rasuah politik.

Selain itu, katanya, MT juga mengarahkan semua calon yang memegang jawatan dalam kerajaan agar berhenti menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan meraih undi dan sokongan.

“Kita bincang berkaitan perkara yang bersabit lobi melobi, kempen, rayu undi dan sebagainya.

Ada yang mungkin gunakan politik wang. Jadi MT dah bersetuju keluarkan satu arahan berkaitan perkara ini.

“Pertamanya bagi ejen dan pengurus kempen dan perayu undi saya ingin beri amaran agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau yang dah mula jalankan tugas mereka.

“Kedua, penggunaan jentera kerajan untuk berkempen, saya nak nasihat agar itu dihentikan dan ketiga saya nasihatkan kumpulan tertentu agar berhenti menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) fitnah dan tohmahan tentang seseorang calon,” kata beliau.

Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima SMS yang berbentuk demikian agar jangan mempercayainya.

Abdullah turut mengingatkan semua calon agar sentiasa patuh pada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh tata etika parti bagi mengelakkan mereka diambil tindakan tata tertib.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa Ibu Pejabat Umno akan mengatur pertemuan-pertemuan khusus yang membolehkan semua calon yang bertanding kelak bertemu dengan ahli-ahli di peringkat negeri.

Pertemuan itu, katanya, akan diatur di semua negeri bagi memberi peluang calon-calon yang bertanding memperkenalkan diri mereka kepada perwakilan dan ahli Umno kelak.

Selain pertemuan yang akan diatur oleh Ibu Pejabat itu, katanya, calon-calon tidak dibenarkan mengadakan pertemuan untuk tujuan berkempen bagi mengelakkan kejadian yang bertentengan dengan kehendak tata etika.

Razak Baginda bebas

http://www.utusan.com.my/

Abdul Razak Baginda diiring isterinya, Mazlinda Makhzan dan anak mereka, Roweena selepas beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah.

PM serah jawatan lepas perhimpunan

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.

https://i0.wp.com/www.malaysialeader.com/images/photo/abdullah-haji-ahmad-badawi.jpg

Menurut Perdana Menteri, beliau memerlukan sedikit masa selepas perhimpunan tersebut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu sebelum menyerahkan jawatannya itu.

“Berilah beberapa hari selepas perhimpunan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan nanti,” katanya yang juga Presiden UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Mengikut trend pencalonan semasa, Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi calon tunggal bertanding jawatan Presiden yang dilepaskan oleh Abdullah selaras dengan pelan peralihan kuasa UMNO.

Najib setakat ini memperoleh 104 pencalonan dengan 87 lagi UMNO bahagian akan bersidang sehingga tarikh akhir 9 November ini.

Mengulas lanjut mengenai tarikh Perhimpunan Agung UMNO itu, Abdullah berkata, MT telah memutuskan bahawa ia akan tetap berlangsung pada Mac depan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Cadangan untuk menangguhkan mesyuarat tahun ini kepada tahun hadapan adalah satu cadangan lama,” katanya.

Berikutan keputusan itu, katanya, UMNO bahagian yang telah bermesyuarat diminta menghantar laporan kepada ibu pejabat parti sebelum perhimpunan agung bermula.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, mesyuarat MT hari ini tidak membincangkan cadangan debat seperti yang dikemukakan oleh calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Soal debat tidak dibincangkan langsung,” katanya.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mencadangkan agar debat diadakan antara semua calon yang bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan beliau itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin UMNO dan calon-calon yang bertanding.

Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Rapatkan rakyat dengan calon – Shahrir

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Debat di antara calon Ketua Pemuda UMNO wajar diadakan kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat bakal pemimpin masa depan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurut beliau, kewibawaan dan ketokohan mereka hanya diketahui di kalangan perwakilan sahaja tetapi tidak kepada rakyat terutama ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Shahrir berkata, rakyat dan perwakilan juga ingin mengetahui visi dan wawasan kesemua calon Ketua Pemuda kerana mereka ini adalah pemimpin masa depan.

‘‘Bagi saya tidak ada masalah jika debat diadakan kerana ia harus dilihat bahawa rakyat dan para perwakilan pada persidangan parti Mac depan dapat mengenal dengan lebih dekat siapa pemimpin mereka nanti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga oleh pasar raya Tesco di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Idea untuk menganjurkan debat di antara calon Ketua Pemuda dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan ia dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir menolak untuk diadakan debat itu.

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/05/n_29mukhriz.jpg

Mengulas lanjut Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, debat yang dicadangkan itu tidak perlu diadakan seperti debat Presiden Amerika Syarikat (AS).

‘‘Memadailah debat itu diadakan secara teratur yang mana calon-calon perlu menonjolkan wawasan masing-masing dan mengamalkan kempen yang sihat,’’ katanya.

Ditanya sama ada debat itu wajar diadakan secara tertutup atau terbuka beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan calon yang bertanding.

Shahrir menegaskan, calon Ketua Pemuda yang bertanding bukan semata-mata mereka berkhidmat kepada parti tetapi juga kepada rakyat.

‘‘Oleh itu pentingnya mereka ini perlu dikenali oleh rakyat dan seluruh ahli parti untuk melihat prinsip serta matlamat mereka untuk menjadi ketua,’’ katanya.

Menurut beliau, debat itu juga boleh menggelakkan daripada kempen-kempen yang tidak sihat menjelang pemilihan parti Mac depan.

Harga petrol turun lagi 15 sen

http://www.utusan.com.my/

31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.

– Utusan

Singapura anjur MotoGP pula

http://www.utusan.com.my

31/10/2008 3:17pm

SINGAPURA 31 Okt. – Selepas berjaya menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) September lepas, Singapu ra kini sedang merancang untuk menganjurkan perlumba an Grand Prix Motosikal (MotoGP) seawal tahun 2011 menurut sebuah laporan akhbar memetik kata bos sukan berkenaan, Carmelo Ezpeleta.

https://i0.wp.com/assets.speedtv.com/images/article_assets/860/860903/860903_article_img_large4.jpg

Syarikat Ezpeleta, Dorna Sports, yang memegang hak perdagangan perlumbaan MotoGP telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Singapura yang tidak dinamakan untuk menganjurkan pusingan 18 peringkat perlumbaan dunia itu.

https://i0.wp.com/resources.motogp.com/files/images/xx/2008/MotoGP/GBR/non/225265_Dorna+CEO+Carmelo+Ezpeleta+and+Shell+Brand+International+Sponsorship+Manager+Juan+Carlo+Perez-1280x960-jun21.jpg.preview_big.jpg

“Ya, saya mengesahkan kami sudah menandatangani perjanjian dengan promoter Republik itu untuk mengan jurkan perlumbaan kejuaraan motosikal dunia di Singapu ra,” kata Ezpeleta (gambar atas kiri ) kepada akhbar Today. – AFP

Ku Li dijangka dapat pencalonan pertama esok

http://www.malaysiakini.com/

Oct 31, 08 12:54pm

Tengku Razaleigh Hamzah dijangka memperolehi pencalonan pertama untuk bertanding jawatan presiden Umno apabila bahagiannya – Gua Musang – bermesyuarat esok.

tengku razaleigh 02Mesyuarat bahagian tersebut akan berlangsung pada jam 9 pagi esok bertempat di Balai Rakyat Bukit Cekati.

Selepas 105 daripada 191 bahagian selesai bermesyuarat sehingga ini, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan calon tunggal untuk jawatan presiden.

Manakala baki 86 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat mereka esok, sehingga tarikh akhir untuk mengadakan mesyuarat tersebut pada 9 November depan.

Tengku Razaleigh juga pernah menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan Umno 2004.

Bagaimanapun, beliau gagal melepasi kelayakan minima sebanyaak 59 pencalonan. Beliau hanya mendapat satu pencalonan dari bahagian Gua Musan.

Bagi jawatan timbalan presidne pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga ini mendahului dengan 65 pencalonan.

Manakala dua lagi calon timbalan presiden – Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali  Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib – masing-masing mendapat 23 dan 17 pencalonan.

Bagi naib presiden pula Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendahului dengan 85 pencalonan dan layak bertanding setelah melepasi kelayakan minimi 20 pencalonan.

Empat orang lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 62 pencalonan, Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Manakala pemimpin lain yang turut dilcalonkan tetapi masih belum melepasi kelayakan minima ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Khairy, Reezal pilihan Pemuda Kubang Kerian

http://www.utusan.com.my/

31/10/2008 3:14pm

KOTA BHARU 31 Okt. – Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian yang bersidang hari ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti, Mac depan.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, seramai 223 perwakilan daripada 90 cawangan yang menghadiri persidangan perwakilan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar di sini juga sebulat suara mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan itu.

Sementara itu, Puteri UMNO Bahagian juga mencalonkan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin sebagai ketua pergerakan itu.

Persidangan itu juga mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Perak, Nolee Ashikin Mohd. Radzi sebagai naib ketua pergerakan itu.